'2 PERLAWANAN GAGAL MENCATAT KEMENANGAN, MALAYSIA MASIH YAKIN - TopicsExpress



          

'2 PERLAWANAN GAGAL MENCATAT KEMENANGAN, MALAYSIA MASIH YAKIN MARA KE SEPARUH AKHIR' Sidoarjo - 2 kali gagal mencatat kemenangan membuatkan kedudukan Malaysia kini terancam untuk melangkah ke pusingan seterusnya iaitu peringkat separuh akhir Kejohanan Belia AFF B-19 2013, namun Pasukan yang diberi gelaran Harimau Muda C itu masih optimis untuk layak ke peringkat seterusnya. Kekalahan kepada Vietnam dengan jaringan 0-1 membuat Malaysia semakin tenggelam. Pada perlawanan pertama, Selasa (10/9/2013) lalu, Pasukan Malaysia yang diketuai Kapten, Faris Shah Rosli harus berpuas hati setelah hanya mampu berkongsi mata dengan Myanmar setelah perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1 . "Saya rasa peluang kami masih ada. Kami optimis boleh mencapai keputusan positif dalam 3 perlawanan terakhir,".jelas Faris. Selepas menghadapi Vietnam, Malaysia akan berhadapan dengan pasukan nombor 1 asean ,Thailand (14 September), Brunei Darussalam (16 September) dan Indonesia (18 September). Daripada baki 3 perlawanan Malaysia, boleh dikatakan Thailand dan tuan Rumah ,Indonesia adalah pasukan yang menjadi lawan yang agak sukar buat anak Pasukan Malaysia. Sementara itu, melihat kepada aksi perlawanan diantara Malaysia dan Vietnam, jurulatih pasukan Malaysia, Aminuddin Hussin mengatakan kekalahan ini adalah kesilapan pemainnya yang gagal menjalankan instruksinya dengan baik. Selain itu, pemain Malaysia juga dilihat lebih bermain individu, berbanding beraksi di dalam satu pasukan. "anak buah saya tidak beraksi dengan baik dan kami harus membayar atas hal itu. Sebelum turun menentang Thailand, kita akan melakukan beberapa perubahan. Tidak hanya Pada barisan hadapan, keseluruhan harus diperbaiki," Jelas Aminuddin.
Posted on: Sat, 14 Sep 2013 03:36:59 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015