'Tumpuan ke Indonesia pula' Jurulatih pasukan Harimau Muda, - TopicsExpress



          

'Tumpuan ke Indonesia pula' Jurulatih pasukan Harimau Muda, Ong Kim Swee telah mengalihkan perhatian kepada Piala Menpora di Indonesia. Skuad Harimau Muda A tidak akan berehat lama susulan kejayaan dalam Pestabola Merdeka 2013 yang dirakamkan malam tadi. Selepas ini tumpuan skuad kendalian Ong Kim Swee bakal teralih kepada Piala Menpora di Indonesia dan dijadualkan berlepas ke Bandung pada 18 September nanti. Kejohanan ini bakal berlangsung pada 20 hingga 28 September ini dengan barisan Malaysia Bawah 23 (B-23) Tahun diundi dalam kumpulan A bersama-sama Persib Bandung, Centrak Coast Mariners (Australia) dan Sriwijaya FC. Beliau bercadang menggunakan kejohanan ini sebagai platform pendedahan kepada pemain Harimau Muda A yang kurang beraksi selepas pemain kelab akan meneruskan komitmen mereka dalam Liga Malaysia (Liga M) sementara Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim pula dijangka pulang menyertai FC Ryukyu di Jepun. Aksi final Pestabola Merdeka yang menemukan Myanmar malam tadi menyaksikan Malaysia menang 2-0 dengan Kim Swee cukup berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang mengikut arahan dengan cukup baik. "Ini permulaan pengembaraan kami ke Sukan SEA. "Setiap pemain mengikut arahan dengan baik. Saya harap pemain tidak terlalu terbawa-bawa. "Kita perlu meningkatkan bahagian yang tertentu. Saya harap pemain kelab akan melaporkan dalam keadaan cergas dan tiada kecederaan agar saya dapat merancang apa yang kami boleh lakukan dengan kapasiti yang ada," jelasnya. Beliau menyatakan sudah berpuas hati dengan keputusan 2-0 walaupun terpaksa menunggu sehingga minit terakhir untuk mengesahkan kemenangan melalui jaringan Junior Eldstal. Selepas jaringan Rozaimi Abd Rahim pada separuh masa pertama, pemain negara mempersiakan deretan peluang untuk membunuh semangat lawan. "Dalam final main untuk keputusan. Tidak kira ada bermain bertahan atau bermain cantik tetapi tidak menang," tambahnya.
Posted on: Tue, 17 Sep 2013 06:03:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015