- SIAPA AKU DIHATIMU - KARYA : KYRA MIKY “Saya sayang awak.” - TopicsExpress



          

- SIAPA AKU DIHATIMU - KARYA : KYRA MIKY “Saya sayang awak.” Kata-kata itu terngiang lagi di telingaku. Sungguh perit. Apa guna diucap jika semuanya hanya pura-pura? Tanpa sedar aku menangis lagi. Aku rindukan dia tapi ego menguasai diriku. Ya, untuk bahagia aku harus ego. Tapi bahagiakah aku kini? Aku mengeluh. Sampai bila harus aku sabar akan semua ini? Aku sendiri tidak pasti. Peristiwa di restoren lima bulan lalu sedikit sebanyak telah menghilangkan kebahagiaan yang baru mula bercambah dihatiku. “Awak..” aku tersentak. Aku pantas menoleh. Sebuah senyuman aku lemparkan kepadanya. Dia mengambil tempat duduk di hadapanku. Dia meraih tanganku. “Awak, maafkan saya sebab lambat. Saya ada hal sikit tadi.” Aku tersenyum pahit. Aku tak kisah untuk menunggu lama. Selama ini pun aku sudah puas menunggu. Menunggu sesuatu yang tidak pasti. Tapi hari ini aku gembira kerana dapat berjumpa dengannya setelah dua minggu tidak berjumpa atas sebab masing-masing busy dengan kerja. “Tak apa, saya baru je sampai.” Bohongku. Sejujurnya, sudah hampir dua jam aku menunggunya di restoren itu. Mungkin kerana terlalu teruja membuatkan aku datang terlalu awal ataupun sememangnya dia yang datang lewat? Biarlah, yang penting sekarang aku bisa berjumpa dengannya. “Awak..” Kelihatan dia sedikit gugup untuk meneruskan kata-katanya. Entah kenapa hatiku tiba-tiba berdebar. “Saya ada benda nak cakap dengan awak.” Aku tersenyum walaupun debaran di hati tak siapa yang tahu. “Apa dia? Cakaplah.” “Awak, saya nak awak tahu yang saya sangat sayangkan awak. Sayang sangat-sangat. Kalau boleh, saya nak hidup dengan awak. Nak kahwin dengan awak. Tapi..” dapat aku rasakan airmata aku mula mengalir. Aku tidak tahu mengapa. Tapi yang pasti kini hatiku pilu. Ya, pilu bagaikan ditikam sembilu kerna aku sudah dapat mengagak apa yang bakal diucapkannya. “Tapi saya dapat rasa yang kita tak ada jodoh. Saya nak kahwin dengan perempuan lain. Awak kenal perempuan tu. Suraya.” Dalam tangis aku cuba untuk tersenyum. Ya, mungkin tiada jodoh antara kita. Manakan ada jodoh antara kita jika kau hanya berpura-pura menyintaiku. Aku sedar itu semua. Aku tak tahu apa yang kau mahu dari aku tapi kau seolah-olah mempermainkan perasaan aku Azuan. Kata-kata itu hanya lahir di hatiku. Tak terucap di bibirku. Aku pantas menarik tanganku dari genggamannya. “Semoga bahagia.” Cuma itu yang terluah sebelum aku mengambil keputusan untuk mengorak langkah meninggalkannya di restoren itu. Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, aku menangis sepuas hati. Kenapa perlu aku? Kenapa saat aku disunting bahagia, derita datang menjelma? Siapa aku dihatimu? Kekasihmu atau cuma sekadar teman biasa? Aku pasrah. Setelah tangisanku reda, aku mula memandu balik ke rumah. Di rumah, aku menangis lagi. Entah mengapa aku harus menangis. Mungkin kerana tidak menyangka hanya sekejap ini aku merasa bahagia. Gambar kami bersama pada raya tahun lalu yang aku letak di sisi meja solekku, aku tatap sayu. Purple. Ya, itulah warna kegemaran kami berdua. Sungguh aku tak menyangka perasaan benci yang hadir dalam diriku saat pertama kali berjumpa di sekolah dulu membuahkan rasa sayang dan cinta dalam hatiku tanpa aku sedar. Benarlah kata orang, jangan benci sangat pada seseorang, boleh jadi satu hari nanti dia akan ajdi orang yang paling kita cinta. Hidup perlu diteruskan. Itulah kata-kata yang aku sematkan dalam diriku. Mencintai tak seharusnya memiliki. Cukuplah dengan melihat dia bahagia. Semenjak peristiwa di restoren itu, aku cuba untuk tidak menghubunginya lagi walaupun ada beberapa kali dia cuba untuk menghubungiku. Panggilannya tidak kujawab, begitu juga dengan pesanan ringkasanya tidak kubalas. Petang itu aku pergi ke pantai untuk menenangkan fikiran. Tujuanku untuk menenangkan diri tidak menjadi tatkala teringat akan memori kami di pantai itu. ‘Salah tempat yang aku pilih.’ Desis hatiku. pandanganku terarah pada pokok yang berada di tepi pantai itu. Segala memori aku bersama dia terungkap kembali tanpa aku pinta. “Nanti bila dah kahwin, saya nak bawak awak dengan anak-anak kita kat pantai ni. Saya nak ambik gambar kita sama-sama sambil tengok matahari terbenam. Tentu best kan?” Itulah kata-katanya dulu sewaktu kami berehat di bawah pokok itu. Sungguh aku cukup bahagia ketika itu. Kau ucapkan kata-kata itu tanpa kau sedar kau telah memberikan harapan sebuah kebahagiaan buat diriku. Ahh, aku menangis lagi. Kenapa airmata ini cukup murah untuk mengalir? Acapkali aku bertanya pada diriku sendiri. Siapa aku di hatimu? Kehadiranku tak ubah bagai angin lalu dalam hidupmu. “Kyra!” Aku tersentak namun aku pantas mancari siapa gerangan yang memanggil namaku itu. Fahmi? Kenapa dia ada di sini? Fahmi ialah kawan baikku di universiti dahulu. Dia berlari-lari anak mendapatkan aku. Aku menyeka airmata sambil tersenyum ke arahnya. “Kau apa khabar sekarang? Sihat?” Fahmi lantas menyapaku. “Macam kau tengok sekarang ni la. Sihat je.” “Aku tengok kau makin kurus sekarang. Diet ke?” aku menjeling tajam ke arah Fahmi yang sudah mengekek ketawa. Bab meyakat, Fahmi memang no 1. Banyak cerita yang aku kongsi dengan Fahmi setelah hampir dua tahun tidak berjumpa dengannya. Sedikit sebanyak ingatanku terhadap kenangan aku bersama Azuan mulai hilang. Pagi itu aku mendapat pesanan ringkas daripada Azuan. Ternyata isi kandungan itu serba sedikit menyentuh hatiku. dia meminta maaf padaku dan menyatakan masih menyayangiku. Dia juga mengatakan bahawa dia terasa kehilangan setelah ketiadaan aku. Benar kata orang. Bila ada di depan mata, tidak di hargai, bila tiada barulah tercari-cari. Aku menguatkan diriku untuk tidak membalas SMSnya itu. Aku perlu ego. Sedang leka aku melayan perasaan, aku terlupa bahawa pagi itu aku perlu bergegas ke airport untuk menjemput sepupuku Zira yang baru balik dari Singapura. Aku tergesa-gesa berlari ke dalam airport dan tanpa sedar aku telah terlanggar seseorang. Aku memejamkan mata apabila merasakan tubuhku ingin jatuh tapi dapat aku rasakan tubuhku sempat disambut oleh seseorang tapi siapa? aku membuka mataku perlahan-lahan. Aku terpaku melihat wajahnya. Kenapa perlu dia? “Awak.. saya minta maaf. Saya tak boleh lupakan awak. Dah lama saya cuba menghubungi awak tapi kenapa awak tak balas? Awak marahkan saya ke? Saya terlalu rindukan awak. Untuk pengetahuan awak, saya dan Suraya dah tak ada apa-apa. Ternyata Suraya dah menipu saya. Dia curang terhadap saya.” Penjelasan Azuan sedikit sebanyak meruntun hatiku namun aku perlu tabah. Aku segera mengangkat kaki dari situ tanpa meninggalkan pesan. Aku tersentak tatkala merasakan tanganku dicapai olehnya. “Jangan pergi.” Airmataku jatuh jua. Aku cuba untuk menahan daripada jatuh tapi aku tidak mampu. Aku juga merinduimu sayang. Terlalu merinduimu. Kata-kata itu terluah dalam hatiku cuma kerana aku sudah tidak mampu lagi bersuara. “Kita jumpa nanti? Saya dah lewat nak jemput sepupu saya ni. Boleh?” akhirnya aku bersuara. Dia tersenyum sambil mengesat airmataku. Dia mengangguk menandakan dia membenarkan aku pergi. Perlahan-lahan aku mengorak langkah. Airmataku jatuh lagi. Semoga ada sinar kebahagian untuk kita berdua nanti.
Posted on: Thu, 03 Oct 2013 12:05:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015