10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan. Tidak sahur. - puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong. Sahur terlalu awal -Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper. Terlebih tidur - lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah 💭. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah. Berbuka secara buffet sampai buncit - ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang! Membazar hingga membazir. -lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang. Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan. -bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr - Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow! Puasa tapi tak solat. - pahala puasa pending ⛔, sebab tak solat. Ayoyo! Sibuk beribadah, lupa cari ilmu. -bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan. Gagal upgrade ⏬ iman selepas lalui Ramadhan.🌜 -ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan. Ramadhan Kareem! Selamat berpuasa. Let us make this Ramadhan is the best Ramadan ever! ✔
Posted on: Wed, 10 Jul 2013 02:11:41 +0000
Trending Topics
Recently Viewed Topics
© 2015