[Admin] 2014 lebih positif untuk industri halal... Perbadanan - TopicsExpress



          

[Admin] 2014 lebih positif untuk industri halal... Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) menjangkakan eksport produk halal tahun ini lebih positif yang mampu mencapai pertumbuhan sebanyak lima peratus berikutan situasi ekonomi global terutama di Amerika Syarikat diramalkan berkembang oleh pakar ekonomi. Setakat Januari hingga September 2013, Malaysia mencatatkan jumlah eksport produk halal mencecah RM24 bilion meningkat 1.4 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya dan dilihat masih positif dalam situasi pasaran global tidak menentu pada tahun lalu. Setiap tahun HDC meletakkan sasaran pertumbuhan eksport halal sebanyak lima peratus. Jumlah eksport tahunan industri itu dijangka diumumkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada Jumaat ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Jamil Bidin berkata, Malaysia juga terus mendapat perhatian dari pelbagai negara asing untuk melabur atau menjadi rakan dagangan baru dalam industri halal. Beliau berkata, ketika ini terdapat lebih 20 negara asing menjadi rakan dagangan industri halal dan terkini dalam tempoh enam bulan lalu sejumlah lima negara baru menjadi rakan dagangan dalam industri berkenaan iaitu China, Taiwan, Jepun, Hong Kong serta Korea. “Melihat kepada prestasi dan kesungguhan Malaysia untuk membangunkan industri halal dengan menyediakan pelbagai kemudahan serta insentif pelaburan menjadi tarikan kepada pemain industri asing. “Malah, setiap tahun HDC menyasarkan dua negara bekerjasama menjadi rakan dagangan, tetapi dengan prestasi semakin baik setiap tahun, kami jangkakan untuk tahun ini terdapat lima negara baru iaitu dua dari Timur Tengah, dua dari Eropah dan satu dari Afrika,” katanya kepada Bisnes Metro pada majlis prapelancaran Minggu Halal Dunia yang berlangsung pada 9 hingga 12 April ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Jamil berkata, industri halal bermula daripada sektor makanan dan kini ia masih kukuh menjadi perdagangan utama dalam kalangan negara dagangan dalam industri berkenaan. Namun, sektor farmaseutikal dan kosmetik dilihat antara yang bakal berkembang di dalam industri berkenaan. Katanya, kebanyakan negara yang membangunkan sektor farmaseutikal dan kosmetik berminat menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran produk mereka memandangkan negara mempunyai piawaian yang ketat dalam persijilan halal. #Harian Metro
Posted on: Thu, 06 Feb 2014 02:55:47 +0000

Trending Topics



0.00
Dear All..Vacancy for Assistant Buyer! > Up to $2,500 + Shift
20414155">A very typical massage therapist comment: As the initiator of
Sou da geração do por favor, do com licença, do bom dia, do boa

Recently Viewed Topics




© 2015