[Admin] Ancaman sambungan WiFi Pertambahan penggunaan tablet - TopicsExpress



          

[Admin] Ancaman sambungan WiFi Pertambahan penggunaan tablet yang disambungkan ke Internet tanpa wayar (WiFi) oleh kakitangan perkhidmatan jualan dan akses untuk pelanggan menambahkan lagi kerumitan terhadap keselamatan rangkaian bagi peniaga di Malaysia. Menurut laporan Fortinet baru-baru ini, sektor peruncitan antara tiga industri teratas yang menjadi sasaran utama penjenayah siber yang tertumpu kepada kelemahan yang terdapat di kedai. Syarikat peruncitan yang mengalami gangguan sekuriti rangkaian apabila data pelanggan hilang atau dicuri terpaksa berhadapan dengan publisiti negatif yang meluas. Bagi peruncit dengan kedai di seluruh Malaysia, sambungan rangkaian selamat menghubungkan semua laman kepada ibu pejabat penting untuk proses operasi perniagaan. Memandangkan belanjawan teknologi maklumat (IT) yang ketat, langkah keselamatan yang komprehensif dan terkini di tahap kedai mungkin tidak sentiasa menjadi keutamaan. Apabila rangkaian dibolosi, perkhidmatan IT boleh terganggu dan data yang hilang mengakibatkan impak serius kepada perniagaan. Saya menegaskan, peruncit memerlukan penyelesaian keselamatan rangkaian berkos efektif di kedai mereka untuk mengurangkan risiko perniagaan mereka dan mencegah kerugian serta kerosakan reputasi akibat pencerobohan data atau tempoh tergendala sistem panjang. Lebih penting lagi, mereka perlu menentukan strategi keselamatan yang mengutamakan persekitaran pengedaran mereka dan memastikan infrastruktur keselamatan mereka bukan sahaja kukuh, tetapi berskala, mudah untuk diurus dan kos efektif dari kios ke stor besar. Pada masa kini, pengukuhan keselamatan persekitaran rangkaian kedai runcit menjadi amalan penting. Sistem keselamatan generasi akan datang seperti diperkenalkan Fortinet membolehkan peruncit melindungi pelbagai sistem dan aplikasi kritikal yang teragih mengikut kedudukan geografik seperti kawalan inventori dan titik jualan (POS). Peranti keselamatan generasi akan datang dan peralatan maya ini dibina khas untuk memberi teknologi keselamatan canggih dengan pantas dan menawarkan fleksibiliti untuk mengubah skala mengikut laman jarak jauh dan rancangan pertumbuhan. Untuk menangani kerumitan keselamatan sekuriti di tahap kedai, saya menggesa industri runcit Malaysia untuk mengkaji keperluan berikut bagi mengukuhkan infrastruktur keselamatan rangkaian mereka termasuklah sistem sekuriti pelbagai ancaman. Perlindungan terhadap serangan ‘malware’ yang dilengkapi teknologi ancaman berniat jahat yang maju memerlukan teknik pencegahan ancaman lebih kuat daripada teknik yang hanya mencari virus statik sepadan dengan virus sedia ada. Akibat peningkatan jumlah ‘endpoint’, aplikasi dan jumlah data yang tinggi, setiap rangkaian di kedai mesti memberikan prestasi terbaik untuk pemprosesan kad kredit yang berterusan demi kepuasan pelanggan dan interaksi sepenuhnya. Dalam usaha mengekalkan daya pemprosesan yang tinggi dan rangkaian di kedai yang kian kompleks, harus mempunyai penyelesaian sekuriti yang tidak mewujudkan kesesakan prestasi ketika sistem terbabit memeriksa dan menapis trafik untuk ancaman dan malware. Prestasi tinggi dan aliran trafik yang rendah penting terutama semasa tempoh kemuncak transaksi. Pencerobohan data dalam industri runcit disebarkan kebelakangan ini mengeksploitasi kelemahan rangkaian tanpa wayar dalam kedai. Penyerang dapat mengakses aplikasi sensitif di ibu pejabat atau pusat penyimpan data tanpa mengira sistem keselamatan seperti firewall dan VPN. Bukan sahaja kakitangan, juruaudit dan kontraktor latihan yang melawat kedai perlu menggunakan komputer riba atau tablet mereka untuk mengakses sistem korporat dan data. Wakil dalam stor juga disediakan tablet tanpa wayar untuk meningkatkan interaktif dengan pelanggan, manakala sesetengah peruncit cuba membezakan perkhidmatan mereka dengan kios tanpa wayar, papan tanda digital berwayar fleksibel dan akses pelanggan melalui peranti mereka sendiri. Semua ini membingungkan pengurusan keselamatan dengan endpoint yang semakin meningkat dan keselamatan tanpa wayar. Aplikasi baru dan peranti direka untuk saluran pelbagai di dalam stor runcit menjanjikan peningkatan dalam kecekapan operasi runcit dan menambahkan pendapatan dan kesetiaan pelanggan. Persekitaran runcit turut terdedah kepada ancaman jika teknologi canggih terbabit perlu disertakan dengan keselamatan. Dalam tempoh lima tahun akan datang sokongan terhadap aplikasi pelanggan yang canggih akan menjadi perkara biasa dan aplikasi realiti seperti akses WiFi ke sistem dalam talian dan skim kesetiaan digunakan ketika pelanggan bergerak masuk atau keluar stor. Penulis ialah Naib Presiden Fortinet bagi Asia Tenggara dan Hong Kong Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/18 hmetro.my
Posted on: Mon, 18 Nov 2013 03:45:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015