[Admin] CIMB Agih RM76.4j untuk 15 dana - TopicsExpress



          

[Admin] CIMB Agih RM76.4j untuk 15 dana amanahnya... CIMB-Principal Asset Management Bhd mengumumkan agihan pendapatan sebanyak RM76.4 juta untuk 15 dana amanahnya bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2013 berikutan pertumbuhan pasaran ekuiti Asia yang memberangsangkan. Ketua Eksekutifnya, Munirah Khairuddin berkata, ekuiti Asia pada suku terakhir 2013 melihat pulangan positif dengan unjuran global yang lebih kukuh mendorong sentimen di rantau itu. Setakat 31 Disember 2013, CIMB-Principal Institutional Bond Fund 2, CIMB-Principal Institutional Bond Fund 5 dan CIMB-Principal Institutional Bond Fund 5 memberikan agihan kasar 0.74 sen, 0.65 sen dan 0.78 sen setiap satu. Syarikat juga mengumumkan agihan kasar 10 sen bagi CIMB-Principal Equity Fund 2, 1.05 sen untuk CIMB Islamic Balanced Fund dan 5.17 sen bagi CIMB-Principal Balanced Income Fund. #Bernama
Posted on: Mon, 27 Jan 2014 05:56:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015