[Admin] Media Prima ungguli tadbir urus korporat terbaik - TopicsExpress



          

[Admin] Media Prima ungguli tadbir urus korporat terbaik 2013.. Media Prima Berhad (Media Prima) sekali lagi dipilih sebagai syarikat Tadbir Urus Korporat Terbaik Keseluruhan pada 2013 untuk tahun ketiga berturut-turut daripada Undian Tadbir Urus Korporat Asiamoney. Konglomerat media bersepadu itu juga diberikan pengiktirafan Syarikat Terbaik untuk Pendedahan dan Ketelusan, Syarikat Terbaik untuk Tanggungjawab Pengurusan dan Ahli Lembaga Pengarah serta Syarikat Terbaik untuk Hubungan Pelabur di Malaysia. Syarikat juga mendapat tempat kedua untuk pengiktirafan Syarikat Terbaik untuk Hak dan Layanan Saksama Pemegang Saham. Anugerah berkenaan disampaikan kepada Media Prima pada Majlis Makan Malam Anugerah Tahun Baru Asiamoney di Hong Kong pada 27 Februari lalu. Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar dalam kenyataan berkata, syarikat berbangga kerana dipilih menerima anugerah berkenaan dan ia menjadi pengiktirafan atas usaha yang dilaksanakan khususnya berkaitan tadbir urus dan ketelusan dalam operasi syarikat. “Kita bukan saja menitik beratkan isu integriti dalam operasi syarikat, malah kami percaya nilai yang diterapkan ini berjaya diserap ke dalam amalan kerja kakitangan di Media Prima,” katanya. Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Amrin Awaluddin berkata, pencapaian berkenaan menjadi penanda bahawa syarikat kini menjadi peneraju industri dan mendapat pengiktirafan tiga tahun berturut-turut adalah sesuatu yang membanggakan. “Kita berjaya mencapai kedudukan antara yang terbaik di Asia dalam aspek tadbir urus yang baik dan ia menjadi penyumbang kepada pertumbuhan syarikat sehingga hari ini. #Harian Metro
Posted on: Tue, 04 Mar 2014 05:03:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015