"Akhi, jom lah botakkan rambut." "Botak? Tak nak lah." Faiz pun - TopicsExpress



          

"Akhi, jom lah botakkan rambut." "Botak? Tak nak lah." Faiz pun teruskan melihat seorang al-akh dibotakkan rambutnya oleh seorang lagi ikhwah. Aku mahu simpan rambut ni sekurang-kurangnya sehingga lepas habis orientasi, detik hati Faiz. Keesokan harinya, gempar seluruh kolej dek satu spot check yang dikendalikan oleh para guru; untuk memeriksa stoking para akhawat serta kepanjangan rambut para ikhwah. Dua orang guru masuk ke kelas Faiz selepas rehat. "Lelaki sila berdiri di luar. Perempuan di dalam kelas sahaja." Faiz boleh agak rambutnya akan kena kerana boleh dikatakan rambutnya agak panjang. Apabila tiba giliran Faiz, mimpi ngerinya menjadi realiti. "Awak, rambut panjang sangat. Sini cikgu potong." Dengan sekali gunting, keguguran helaian-helaian rambut hadapan ke muka bumi. Faiz hanya mampu senyum. Senyum kerana dipotong rambut? Tak. Senyum kerana Allah sedang berbicara dengan dia. ******* Allah sedang berbicara dengan seorang manusia biasa? Apa benar berita ini? Bukankah Allah hanya berbicara dengan para nabi dan para Rasul sahaja? Ni sesat ni. Peluh. Sebenarnya yang ana maksudkan dengan berbicara bukanlah secara literal (baca: literally) tapi secara figuratif (baca: figuratively). Benar, hanya para anbiya dan Rasul yang boleh bercakap secara terus dengan Allah SWT seperti Nabi Musa as, tetapi Allah juga berbicara dengan manusia biasa melalui perantaraan-perantaraan seperti Al-Quran, utusan Rasulullah SAW, dan boleh jadi manusia lain. Dalam kes spot check tadi, niat Faiz pada awalnya kelihatan baik. Eh, ye ke? Bila muhasabah semula niat Faiz, mengapa dia ingin menyimpan rambutnya? Adakah kerana ingin kelihatan segak dihadapan hadek-hadek yang baru masuk espesiali para akhawat atau kerana Allah? Ouch. Mungkin ini adalah takdir Allah untuk mengelakkan dia daripada terjerumus daripada lembah maksiat, naudzubillah min zalik. Mungkin ini adalah cara Allah menyedarkan semula Faiz dan memperbetulkan arah tujunya. Atau mungkin juga kerana rambut hadapan yang terlalu panjang sehingga menyebabkan sujud tak tersentuh dahi dengan lantai sehingga menyebabkan Dia mengingatkan Faiz. Eh. Selalunya kita kurang bermuhasabah diri kerana hubungan kita dengan Dia tidak berapa nak errrr. Dan kita jarang nampak hikmah disebaliknya. "Cis, aku repot kat polis baru tau. Sesuka hati nak potong rambut aku. Ni bukan sekolah! Ini kolej kot!" "Perghh, tak hensem ah cenggini. Tak nak ah tegur cikgu tu lagi." Peluh sekali lagi. Pernah dulu ana post bahawa memang perancangan Allah susah untuk kita fahami tetapi apabila kita sudah nampak kenapa Allah buat sebegitu kepada kita, kita akan berasa bersyukur yang teramat sangat. Pokoknya, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan mungkin juga ia sebagai satu peringatan buat diri kita. Muhasabah itu penting untuk seorang Muslim kerana dengan muhasabah, kita boleh menjadi seorang yang lebih baik. Ohoi. ^^ *Lepas ni Faiz kata dia nak atur balik rambut dia. Katanya kali ini kerana ingin memudahkan solat. Eheh*
Posted on: Fri, 28 Jun 2013 06:14:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015