...Aljazeera.net juga melaporkan yang jurucakap White House, Jay - TopicsExpress



          

...Aljazeera.net juga melaporkan yang jurucakap White House, Jay Carney memberitahu pemberita pada11/07/2013 bahawa “Kami menilai bagaimana pihak berkuasa bertindak dan bagaimana mereka menangani keadaan semasa”, merujuk kepada pengumuman pada 03/07/2013 yang dibuat oleh Menteri Pertahanan dan komander tentera Mesir Abdel Fattah al-Sisi, tatkala mengguling Mohamed Mursi dan melantik Adli Mansour, ketua Mahkamah Perlembagaan sebagai presiden sementara.Jadi, apakah sebenarnya yang menjadikan Amerika berpaling menentang Mursi, sedangkan ia (Amerika) menyokong Mursi sejak awal lagi? Mengapa Amerika tidak menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai rampasan kuasa dan mengapa Amerika terus “menilai” (keadaan) sehingga ke hari ini!? Dan apakah yang boleh terhasil dari semua ini? Jawapan kepada semua persoalan di atas dapat dijelaskan dengan poin-poin berikut: 1 -Dalam pusingan pertama pilihan raya presiden yang diadakan pada 23-24 Mei 2012, Mursi tidak dapat memenangi pilihan raya (terang-terangan), di mana undi terpecah antara beberapa calon. Pusingan kedua berlangsung pada 16-17 Jun 2012 dan Mursi diisytiharkan pemenang dengan 51.73% (kira-kira 13 juta undi) terhadap Ahmed Shafiq dengan 48.27% (kira-kira 12 juta undi). Ini bermakna bahawa hampir separuh daripada pengundi tidak mahukan Mursi sebagai presiden mereka, di mana mereka tetap memilih seorang lelaki daripada bekas rejim, walhal terhadap rejim itulah yang mereka memberontak sebelum ini. Penting untuk disebutkan bahawa pengumuman keputusan pilihan raya presiden itu telah mengalami kelewatan, yang menunjukkan ada sesuatu di sebalik tabir. Kemudian ia selesai dengan mengisytiharkan kemenangan berpihak kepada Mursi ke atas Ahmed Shafiq, selepas Mohamed Mursi memberi jaminan kepada Amerika bahawa dia akan mematuhi perjanjian dan konvensyen yang telah dibuat oleh bekas rejim, terutamanya perjanjian Camp David, satu perjanjian yang sangat penting untuk Amerika, seperti yang dibuktikan oleh kenyataan Amerika sebelum dan selepas pilihan raya. Duta AS mengumumkan kepada akhbar Kuwait, al-Ra’yu al-Kuwaitiyyah, yang diterbitkan pada30/11/2012 bahawa: “Amerika Syarikat komited kepada perjanjian damai antara Mesir dan Israel dan menganggap ia penting bagi keamanan dan kestabilan dirantau ini dan terutamanya untuk kesejahteraan rakyat Mesir dan Israel. Kami juga menganggap perjanjian ini sebagai asas bagi usaha keamanan dan kestabilan di rantau ini keseluruhannya. Kami sudah tentu gembira bahawa Kerajaan Mesir telah berulang kali menyatakan bahawa ia akan memenuhi semua obligasi antarabangsa Mesir”, sambil menambah “Kami menggalakkan Mesir dan Israel untuk meneruskan perbincangan langsung mereka terhadap keadaan keselamatan di Sinai dan isu-isu kepentingan bersama dan kami mengesahkan bahawa keselamatan di Sinai adalah yang paling penting dan utama." Ini menunjukkan bahawa Amerika dan entiti Yahudi berada di sebalik tabir kempen rejim Mesir selama beberapa bulan, terhadap kumpulan bersenjata yang menyeru jihad ke atas musuh Islam itu.
Posted on: Mon, 22 Jul 2013 15:10:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015