"Buat apa hendak masuk ubat? Saya mahu anak saya dilahirkan secara - TopicsExpress



          

"Buat apa hendak masuk ubat? Saya mahu anak saya dilahirkan secara semulajadi, tak mahu ubat-ubat ini. Saya nak biarkan ketentuan takdir yang menentukan bila masanya untuk saya bersalin!" Tegas seorang ibu bergelar ustazah apabila hadir ke hospital, dengan tempoh kandungan yang cukup bulan, dirujuk kepada kami untuk induksi kelahiran atas faktor kekurangan hemoglobin dalam badan ibu. Hati saya berbisik, "Lantak engkaulah. Kalau-kalau engkau terberanak di tengah jalanraya tanpa sebarang bantuan perubatan, itu pun ketentuan takdir juga. Ibu muda umur 16tahun mengandung luar nikah, pun boleh kata itu ketentuan takdir. " "Bagus sebenarnya kalau ramai pesakit seperti ibu ustazah ini. Semuanya kita serahkan kepada ketentuan takdir, tak perlulah saya atau mana-mana doktor lagi di muka bumi ini. Maklumlah kerja kami menyelamatkan nyawa atau melengah-lengahkan ajal pesakit, kan melawan takdir tu." *** ...dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; ... [Al-Hajj : 5] *** Kesudahannya ibu ustazah itu discaj AOR (at own risk). Saya mendoakan agar beliau ditemukan dengan ketentuan takdir yang beliau inginkan ke atas dirinya dan anak dalam kandungannya..
Posted on: Fri, 06 Sep 2013 01:32:24 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015