:( :: Ciri-ciri Sperma Tak Sihat :: =================== 1. - TopicsExpress



          

:( :: Ciri-ciri Sperma Tak Sihat :: =================== 1. Jumlah Sperma Cairan yang dikeluarkan lelaki semasat ejakulasi disebut cairan simen. Kepekatan normal cairan simen sekitar 2-5 ml. Kadar cairan simen dianggap rendah secara abnormal jika kurang dari 1.5 ml. Kadar simen melebihi 5 ml juga dianggap abnormal. 2. Kelainan Bentuk (Morfologi) Sperma yang normal berbentuk seperti berudu. Terdiri dari kepala, tubuh, dan ekor. Kelainan seperti kepala kecil atau tak memiliki ekor akan mempengaruhi pergerakan sperma. Ini tentu saja akan menyukarkan sel sperma mencapai sel telur. 3. Pergerakan Lemah Untuk sampai kepada sel telur, sel sperma harus mampu melakukan perjalanan panjang. Ini pun menjadi penentu terjadinya persenyawaan. Jumlah sel sperma yang cukup, jika dibatasi dengan pergerakan yang normal, membuat sel sperma tak akan mencapai sel telur. Sebaliknya,jumlah yang sedikit namun pergerakannya cepat, boleh mencapai sel telur. Kes lemahnya pergerakan sperma kerap dijumpai. Gerakan spermatozoa dibahagi dalam 4 kategori: a. bergerak cepat dan terus maju b. Bergerak lambat dan sukar mencapai c. Tak bergerak maju (bergerak setempat) d. Tak bergerak. 4. Cairan Semen Terlalu Kental Cairan semen yang terlalu kental mengakibatkan sel sperma sukkar untuk bergerak. Persenyawaan sukar terjadi kerana sel sperma tak berhasil mencapai sel telur. 5. Saluran Tersumbat Semasa ejakulasi, sperma keluar dari testis menuju penis melalui saluran yang sangat halus. Jika saluran-saluran itu tersumbat, maka sperma tak boleh keluar. Umumnya hal ini disebabkan masalah pada saluran. Ia mungkin juga terjadi kerana kurang menjaga kebersihan alat kelamin sehingga membiaknya virus & bakteria 6. Kerosakan Testis Testis boleh rosak akibat jangkitan virus dan berbagai infeksi, seperti gonorrhea, sifilis, dan sebagainya. Kesihatannya harus dijaga. Testis yang sehat akan menghasilkan sperma yang baik secara kualiti dan kuantiti Testis merupakan organ yang sangat sensitif. Mudah sekali dipengaruhi oleh faktor-faktor luar. Jika testis terganggu, pengeluaran sperma juga terganggu. Mungkin saat berhubungan, lelaki tetap mengeluarkan sperm tanpa sel sperma (azoospermia)!
Posted on: Wed, 09 Oct 2013 08:22:22 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015