" FLARE NOT A CRIME, THIS IS A PARTY!! " PERSATUAN Bolasepak - TopicsExpress



          

" FLARE NOT A CRIME, THIS IS A PARTY!! " PERSATUAN Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) tidak menghalang mana-mana pihak menyalakan suar selepas tamat permainan selagi tidak menggugat keselamatan pemain, pegawai dan penyokong. "Dalam perlawanan-perlawanan yang melibatkan Johor, suar dinyalakan selepas perlawanan tamat. Selain itu suar yang dinyalakan tidak dilontar ke arah padang, pemain atau pun penyokong-penyokong lain," kata PBNJ dalam kenyataan hari ini. Respons PBNJ itu susulan kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin bahawa FAM tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap PBNJ berhubung insiden nyalaan suar Sabtu lepas. Penyokong pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) bertindak menyalakan suar selepas pasukan mereka menewaskan Kelantan pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Sabtu lepas. Menurut PBNJ, FAM seharusnya berterima kasih kepada Johor kerana membuatkan bola sepak negara kembali mendapat perhatian di peringkat nasional dan antarabangsa. "Malah bola sepak di Johor telah menarik penaja-penaja yang terkemuka," kata persatuan itu. Menurut persatuan itu, pemain bertaraf antarabangsa bermain untuk Johor dan beraksi di Liga Super, manakala kemudahan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos juga telah dinaik taraf mengikut piawaian antarabangsa. "Arena bola sepak negara kini lebih kompetitif dengan pasukan-pasukan seperti ATM, Selangor, Pahang, Sarawak dan Kedah menunjukkan komitmen untuk memantapkan pasukan masing-masing dan memberi persembahan terbaik," kata PBNJ. - Bernama "OUR HOME IS OUR RULE!! "
Posted on: Tue, 01 Oct 2013 15:05:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015