#FaktaMingguan : Ajaran Sesat Idea Wahdah al-wujud berasal dari - TopicsExpress



          

#FaktaMingguan : Ajaran Sesat Idea Wahdah al-wujud berasal dari kepercayaan agama Hindu Brahmin. Menurut mereka, alam adalah penjelmaan Tuhan. Sejarah menunjukkan bahawa Wahdah al-wujud lahir di India. Ini boleh dibuktikan dengan apa yang terkandung di dalam buku Upanishad yang ditulis 9 hingga 8 abad sebelum Masihi. Dari India, ia menular ke Greek dan merebak ke Iskandariah, kemudian digelar sebagai Neo-Platonism dalam abad ketiga Masihi. Kemudiannya ia menyusup masuk ke dalam tasawwuf yang dipelopori al-Hallaj dan Ibn al-Arabi. Kitab-kitab atau sumber-sumber Wahdah al-wujud tempatan yang dipercayai tertua sekali ialah kitab al-Tuhfah al-Miursalah oleh Muhammad bin Fadlullah Burhan Furi. Beliau dikatakan pernah datang ke Aceh dan pengikutnya dikenali sebagai kaum Wujudiah atau Salik Buta. Ajarannya turut tersebar sehingga ke Sulawesi. Di Aceh, tokoh Wujudiah yang terkenal ialah Hamzah Fansuri dengan karyanya dalam bentuk syair dan prosa. Di Malaysia, karya Hamzah Fansuri diulasoleh Syed Muhammad Naquib al-Attas seperti dalam bukunya The Mysticism of Hamzah Fansuri. Ajaran tasawwuf Wahdah al-wujud dalam bentuk buku dan manuskrip didapati bebas dalam pasaran dan menjadi bahan bacaan umum. Di antaranya seperti buku Hakikat Insan oleh Ahmad Laksmana, Qamar al-Huda oleh Muhammad Yusuf dan banyak lagi. (Sumber: Siti Norbaya Binti Abd. Kadir (2002). Ajaran sesat: sejarah kemunculan dan ciri-cirinya) #PJTI #UPNM
Posted on: Thu, 21 Nov 2013 00:27:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015