[Hati-hati membuat tuduhan atau andaian] Jangan buat assumption - TopicsExpress



          

[Hati-hati membuat tuduhan atau andaian] Jangan buat assumption kepada perkara yang kita tidak pasti, itu bukan sikap orang yang berjaya. dunia & akhirat walaupun kita mungkin telah khatam banyak kitab agama. Hati-hati membuat andaian dan tuduhan. Setiap kita dipertanggungjawabkan di dunia dan di sana. Ada banyak perkara yang tidak perlu kita post di Facebook secara terbuka untuk menjaga adab sesama kita. Jangan layan sangat kononnya inginkan keterbukaan kerana ia tidak benar di dalam adab. Ada banyak perkara, kita perlu uruskan secara tertutup untuk kita menjaga adab dan hormat sesama kita serta memberi muka kepada orang lain. Rasulullah saw hadir untuk perbaiki adab umatnya bukan? Saya sedang belajar perbaiki diri, hati dan adab saya. Semakin kita menyintai baginda Rasul saw, semakin banyak yang kita perlu perbaiki. #DrAzizanOsman ---------------------------------------------------- Jangan lupa malam esok (Jumaat 14 Feb 2014), pukul 9 malam di TV3, tontoni Halaqah tentang liputan mengenai Habib Syech di Solo, Indonesia bercakap mengenai Mawlidul Rasul dan akhlak Rasulullah saw. Dan 25 Februari 2014 ini, sekali lagi kami adakan Majlis Mawlid Bulanan Anjuran Richwell dan kali ini di Pekarangan Masjid Baru Seksyen 13, Seksyen 13, Shah Alam bermula 7 petang. Kali ini majlis ilmu akan bercakap mengenai Adab & Akhlak Rasulullah saw. Silakan hadir terbuka untuk semua. #DrAzizanOsman
Posted on: Wed, 12 Feb 2014 23:48:18 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015