.•♥•.¸¸.•♥• INFO ; Kuliah Tafsir - TopicsExpress



          

.•♥•.¸¸.•♥• INFO ; Kuliah Tafsir •♥•.¸¸.•♥•.¸ Dengan penuh hormatnya memaklumkan bahawa Kuliah Tafsir akan disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr Ustaz Haji Awang Mohd Zain Bin Haji Serudin pada 24Hb & 25hb Jun dan 1hb & 2hb Julai 2013 bermula selepas menunaikan Solat Maghrib bertempat di MASJID LAMBAK, JALAN PASIR BERAKAS (berdekatan dengan milimewah). Objektif utama Kuliah Tafsir ini adalah untuk memberikan kefahaman dan penghayatan tentang al-Quran kepada masyarakat dalam sama-sama menyahut hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan negara Brunei Darussalam sebagai "Negara Zikir". Sehubungan dengan itu orang ramai adalah sangat-sangat dialu-alukan untuk sama-sama hadir ke majlis ilmu ini yang boleh memberikan kefahaman isi kandungan dan seterusnya ke arah penghayatan al-Quran. ✤ sh™ ...✍
Posted on: Wed, 19 Jun 2013 13:02:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015