"Imam nawawi, apabila pemimpin dizamannya Khalifah Al-Maliq Zohir - TopicsExpress



          

"Imam nawawi, apabila pemimpin dizamannya Khalifah Al-Maliq Zohir meminta al imam keluarkan fatwa utk ambil cukai dari rakyat demi meneruskan peperangan salib, al imam dengan lantang menolak atas alasan bahawa khalifah yang kaya, anak isteri yang berharta bahkan hamba khalifah juga kaya. Ambil dulu harta pemerintah untuk peperangan. Baru boleh ambil cukai dari rakyat! Realiti di Malaysia hari ini, apabila subsidi minyak dikurangkan dan harga minyak menjadi tinggi, pemimpin memberi alasan ia adalah untuk kebaikan rakyat miskin. Apabila diminta mereka untuk isi minyak sendiri demi membiarkan mereka merasai kenaikan harga minyak, mereka malah melenting. Pemimpin sekarang, tak perang pun dengan kuffar, tapi berlagak, kerek, angkuh, gangster, lebih daripada pemimpin dahulu yang berperang dengan puak kuffar!" -- Sekolah Pemikiran Asy - Syatibi
Posted on: Fri, 06 Sep 2013 08:46:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015