:: Jom saya kenalkan anda semua dengan Napoleon Bonaparte, musuh - TopicsExpress



          

:: Jom saya kenalkan anda semua dengan Napoleon Bonaparte, musuh barat ini yang masuk islam dibumi Mesir :: Memahami keperibadian Napoleon Bonarparte memang seronok. Apatah lagi jika kajian kita sampai kepada penaklukan francis terhadap Mesir. Bagi yang pernah mengaji adab nusus (STAM), pasti akan melalui cerita dalaman yang berlaku semasa Francis menguasai mesir. Antara kesan paling besar ialah pengunaan mesin cetak pertama didunia yang berlaku di Mesir. Mungkin Bonaparte melihat sesuatu yang berbeza yang ada pada umat islam hingga corak pengusaannya di Mesir dan selepasnya brubah. Ramai juga yang berpendapat Bonaparte akhirnya memeluk islam. Adakah ia benar? Terkesan saya terus membaca. akan saya lanjutkan mengenai cerita2 pengislamannya. Sejarah mencatatkan, Napoleon Bonaparte, seorang Jeneral dan Askar Prancis kelahiran Ajaccio, Corsica 1769. Namanya terdapat dalam urutan ke-34 dari Seratus tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah yang ditulis oleh Michael H. Hart. Karier militer Napoleon menunjukkan paradoks yang menarik. Sentiasa dikenali dgn kehebatannya di medan apabila berperang. Mengusai dunia barat, asia dan rusia. Ada juga yang meletakkan namanya sebaris bersama alexender Zulqarnain dan Julius Caesar. Mengetuai misi revolusi terhebat dalam konteks masa tersebut. Khabar Napoleon menjadi Muslim ini diungkap dalam harian rasmi Prancis, Le Moniteur Universel (terbit dalam kurun 1789-1868). Disebutkan bahawa Napoleon rasmi menjadi Muslim pada 1798. Berita ini kemudian dimuat naik ke dalam buku Satanic Voices – Ancient and Modern karya David Musa Pidcock tepatnya pada halaman 61. Buku Pidcock ini terbit pada 1992. Pidcock juga menuliskan bahwa Napoleon memilih nama Ali sebagai nama barunya, menjadi Ali Napoleon Bonaparte. Napoleon dikatakan terinspirasi oleh orang kanan kepercayaannya, Jenderal Jacques Menou, yang kemudian menjadi Jenderal Abdullah-Jacques Menou. Jenderal kemudian menikahi seorang wanita Mesir, Siti Zoubeida –yang dikatakan memiliki garis keturunan dari Nabi Muhammad saw. apa komen sahabat2 pakar peradaban sekelian? To be Continue ... [ code of law (civil) vs syariah by napoleon] p/s : Jika ada yang berminat, saya akan lanjutkan penulisan mengenai tokoh ini. ~ Sekalung tahniah buat Dar al Hikmah kerana membuka pintu peradaban dunia islam dan barat. ~
Posted on: Sat, 12 Oct 2013 15:10:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015