~Jual Agama~ Semasa muktamar ulama sedunia di Afrika - TopicsExpress



          

~Jual Agama~ Semasa muktamar ulama sedunia di Afrika Selatan baru-baru ni. Saya sangat sibuk dengan macam-macam kerja khidmat untuk program ni. Dalam kesibukan kerja tu, saya dipanggil oleh seorang maulana yang in charge bahagian jemputan ulama sedunia. Saya agak curious mulanya kenapa dipanggil. Rupa-rupanya beliau nak bagitahu tentang satu jemputan kepada seorang USTAZAH dari Malaysia sebagai ulama jemputan. Pihak beliau ditugaskan untuk hantar jemputan tu melalui e-mel. Apa yang mengejutkan.... Ustazah tu letakkan beberapa syarat jika mahu dia hadir, antara syaratnya adalah: 1) Tiket kapal terbang dari Malaysia ke South Africa ditaja dan mesti FIRST CLASS. 2) Sampai di South Africa, mesti sewakan hotel 5 STAR untuknya sepanjang muktamar tu berlangsung. 3) Ada pengawal peribadi sendiri (tapi dia minta pengawal tu mesti perempuan). 4) Ada pemandu sendiri dan mahukan kereta mewah disewa sepanjang dia disana untuk ulang alik ke dewan muktamar dan ke tempat shopping. 5) Setiap hari, mesti berikan wang belanja kepadanya sejumlah USD1000 sepanjang dia di South Africa. Jadi kalau muktamar berlangsung selama 3 hari, penganjur kena bagi dia USD3000 (bersamaan 30,000 RAND wang South Africa). Innalillahi Wa Inna ilaihi Rojiun... Saya cakap itu bukan ulama, itu ahli dunia yang menjual agama sebagai bisnesnya... Maulana tu ketawa dan cakap: Hey, shes in wrong business. Kemudian saya tanya pihak penganjur tetap akan jemput ahli dunia tu ke? Maulana cakap: HELL NO! Saya tunjuk ibu jari. Note: Umat akan terus murtad kalau umat terus ada ulama macam ni. Masih adakah yang akan tangisi umat hari ini? Umat yang menangis begitu ramai... Tapi umat yang menangis untuk umat hanya sedikit.... Umat yang menangis sebab harga barang naik sangat ramai... Tapi umat yang menangis sebab umat murtad hanya sedikit.... Is there any hope for this ummah? :(
Posted on: Mon, 27 Jan 2014 07:07:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015