:::: Kebersihan Vagina Selepas Bersalin :::: Jangkitan kuman - TopicsExpress



          

:::: Kebersihan Vagina Selepas Bersalin :::: Jangkitan kuman pada luka-luka yang dialami semasa proses melahirkan selalu berlaku. Jangkitan kuman pada pundi air kencing merupakan salah satu masalah yang kerap dialami oleh wanita selepas bersalin. Apabila jangkitan kuman berlaku, wanita kerap membuang air kecil tetapi sedikit dan terasa sakit atau pedih. Manakala jangkitan kuman juga berlaku pada luka di bahagian kemaluan. Luka episitomi ini boleh menimbulkan masalah jika jahitannya terbuka sebelum sembuh. Masalah pada luka ini jika tidak dirawat dengan betul boleh menimbulkan masalah jangka panjang seperti terasa sakit ketika mengadakan hubungan kelamin. Oleh itu, setiap wanita perlulah menjaga kebersihan serta menjauhkan masalah jangkitan kuman pada luka. Sepanjang tempoh berpantang, penting untuk anda meningkatkan sistem pertahanan diri supaya serangan kuman dapat dielakkan. Apa yang pasti luka akibat pembedahan caseraean atau guntingan episiotomi perlu dijaga dengan baik. Untuk melakukan penjagaan tempat sulit, pastikan tempat luka sentiasa bersih dan kering. Lap kering bahagian tersebut selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi doktor. Elakkan menggunakan sebarang ubat tradisional seperti minyak atau herba dalam tempoh 10 hari pertama selepas luka dijahit. Setelah yakin luka sudah bercantum, barulah doktor memberikan kebebasan untuk membuat apa yang diingini pada luka tersebut. Untuk masalah di atas, boleh diatasi dengan FEMININE WASH, RM48 dan MASKER INTIM,RM30 PM ATAU SMS ATAU WHATSAPP(016-2552134)
Posted on: Fri, 18 Oct 2013 02:55:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015