[Kenaikan RONA RONA 97 Pula...] Mungkin dah jadi kebiasaan pihak - TopicsExpress



          

[Kenaikan RONA RONA 97 Pula...] Mungkin dah jadi kebiasaan pihak kerajaan untuk buat "Suprise" kepada Rakyat Malaysia dan saya faham, ia mungkin untuk mengelakkan spekulasi harga minyak dan mengimbangi kos perbelanjaan kerajaan, tapi apa kata cuba pihak Kerajaan yang memerintah mengelakkan atau jangan jadikan kenaikan minyak sebagai solusi utama kerana Minyak kenderaan merupakan medium paling utama di dalam pengangkutan darat, udara dan laut di dunia. Dan semua barangan atau perkhidmatan hampir semua akan melibatkan kos minyak, makanya ini memberi peluang kepada ramai peniaga untuk menaikkan harga produk atau perkhidmatan mereka secara melampau Contoh, Rona Rona 95 & 97 naik 20 sen tetapi harga teh tarik yang biasanya RM1.50 pun akan dinaikkan ada yang 50 sen. Apakah korelasinya kenaikan minyak 20sen dengan kos teh tarik mamak naik harga? Bukan sekadar kerana supplier teh cap kubur yang hantar teh semalam naikkan harga teh kerana minyak naik tetapi sebab mamak tu nak balik kampung di india nanti, kos kapalterbang telah meningkat, kos bas sekolah meningkat, kos saraan cikgu ke sekolah meningkat, kos buku sekolah meningkat kerana kos minyak nak hantar buku meningkat dan masalah rasuah pun mungkin meningkat. Apa kata, ini cakap sahaja, sebagai saya Pemuda yang belum jejak umur 40-tahun dan rakyat Malaysia yang kesian melihat kos sara hidup pasti akan mencanak-canak dengan segera ini, saya mencadangkan pihak kerajaan melakukan 3 perkara dibawah ini:- 1- Kurangkan kos lain-lain yang merugikan atau tidak menguntungkan rakyar secara direct, biasa pegawai naik biz class, mungkin turunkan jadi ekonomi. Maksud saya, cari dan perketatkan cara kerajaan berbelanja supaya tidak perlu naikkan harga minyak atau bahasa lain, tidak perlu kurangkan subsidi minyak kerana kesannya secara economic of scale adalah terlalu obvious kepada sekalian rakyat. 2- Naikkan cukai harga rokok, arak dan pusat perjudian atau yang sewaktu dengannya 3- Tangani kebocoran wang yang mungkin ada disebabkan masalah rasuah atau over price untuk sesuatu projek, jika ada. Saya beri pandangan ini bukan kerana saya pandai tetapi makcik basuh yang cuci pejabat kami yang cakap macam tu. Saya sampaikan jer. DAO
Posted on: Thu, 05 Sep 2013 02:00:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015