"Mana mungkin, mereka yang menggandakan keuntungan mereka melalui - TopicsExpress



          

"Mana mungkin, mereka yang menggandakan keuntungan mereka melalui bayaran pada pinjaman wang itu bersetuju dengan gerakan penyamarataan pada agihan pendapatan. Tak mungkin, sistem kapitalis menyokong sosialis. Mustahil." "Maksud kamu, golongan lintah darat? Along?" "Kau cuba lihat di bank sana. Berapa ramai jurutera beralih arah kepada institusi kewangan? Motivasi mereka, untungnya berjuta-juta. Hanya dengan manipulasi duit manusia. Menggunakan pelbagai instrumen kewangan yang diinovasi pada hari ini, duit itu mula dilihat sebagai barangan harian yang diperdagangkan. Duit dinilai dengan duit. Gila! Bagaimana pula mereka di desa, yang menyimpan uang hanya dengan menganggap uang itu sebagai medium pertukaran untuk memiliki barangan semata-mata?" "Tetapi, tanpa bank, bagaimana kita harus meminjam? Untuk pelaburan?" "Kau, mahu tahu makna pelaburan? Kalau melabur, pasti ada untung rugi. Golongan beridea kapitalis, tidak pernah mahu rugi. Walau apa pun yang berlaku, mereka mahukan keuntungan mereka itu dijanjikan, walaupun syarikat mengalami kerugian. Kau, tanyakan pada mereka di luar sana, yang menentang gerakan sosial manusia, kononnya menentang agama, tanyakan mereka tentang soal pelaburan. Antara keuntungan yang dijanji, atau untung rugi yang dikongsi, mana satu mereka pilih? Fitrah manusia, tidak mahukan rugi. Tetapi, dalam konteks agama, pelaburan itu harus sifatnya untung rugi dikongsi. Keadilan pada kedua-dua belah pihak. Dan, untuk meminjam, apa tujuanmu meminjam? Dan apa matlamatmu memberi pinjam? Untuk kebajikan? Atau untuk mencipta keuntungan?" "Kau menyindir mereka?" "Tidak, aku tidak menyindir mereka. Tetapi, cuma terdetik pada hatiku, soal ideolog yang dianut manusia bukan semata-mata pada jenamanya. Tetapi, pada cara fikir mereka. Mereka adalah kapitalis pada cara fikir, walaupun mereka menjenamakan diri mereka dengan nama agama. Mereka adalah sosialis pada cara tindak, walau tiada nama pun pada perbuatan mereka. Di bank sana, tidak pernah aku terdengar, satu istilah, bank itu perbuatannya sosialis. Sering aku dengar, bank itu disamakan dengan perbuatan kapitalis." "Jadi, kau mahu lari daripada mereka?" "Tidak. Tetapi, harus ada usaha mencipta sebuah institusi yang mengembalikan fungsi bank sebagai pengantara. Bukan menjana keuntungan melalui pinjaman, tetapi melalui pengamalan konsep pelaburan yang sebenar. Perkongsian untung dan rugi. Dan, ini perlukan satu usaha daripada kita semua. Sekarang ini, bukan masanya untuk selesa."
Posted on: Wed, 14 Aug 2013 00:25:49 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015