# Masyarakat perlu dibijakkan melalui wacana Shi`ah adalah - TopicsExpress



          

# Masyarakat perlu dibijakkan melalui wacana Shi`ah adalah realiti yang wujud ribuan tahun malah tidak dapat dipisahkan lagi daripada sejarah dan ketamadunan Islam dan dunia itu sendiri. Meskipun ada usaha dan pendapat menyatakan Shi`ah bukan daripada Islam kerana perbezaan ketara dalam usul `aqidah (fundamental) dan ritual-ritual ibadat mereka yang pelik dan ekstrem (dari kaca mata ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah malah fitrah kemanusiaan sekalipun), namun untuk menghapuskannya sama sekali adalah suatu kemustahilan. Ini adalah kerana Shi`ah adalah entiti sejarah yang seiring dengan sejarah perkembangan Islam itu sendiri dan pihak Shi`ah juga dari awal menjenamakan diri mereka sebagai sebahagian daripada Islam melalui penggunaan istilah seperti - Muslim Shi`i, Islamic Republic of Iran (Republik Islam Iran), Mullah, Ayatullah, Hizbullah dan seumpamanya. Dari sudut aqidah, meskipun Sunni dan Shi`ah mempunyai beza yang ketara, namun Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. tetap adalah Tuhan dan Rasul yang diimani bersama. [Lihat themalaysianinsider/rencana/article/syiahbetul-atau-salah-serah-kepada-masyarakat-zahiruddin-zabidi, juga zahiruddinzabidi.blogspot/2013/08/shiah-betul-atau-salah-serah-kepada.html]
Posted on: Thu, 22 Aug 2013 10:54:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015