-Mencari Jiwa yang Tenang- (episod satu) “Arrghh!! - TopicsExpress



          

-Mencari Jiwa yang Tenang- (episod satu) “Arrghh!! Kenapalah la aku jadi macam ini!” “Sakit kepala aku Mairan. Semalam, aku baru selesai bayar hutang, hari ini mai lagi surat hutang. Macamana ni? Kepala sakit, hati lagi sakit…” “Duit sudah banyak, harta pun dah bertimbun. Kereta BMW ada, rumah banglo ada, syarikat ada, isteri pun jelita, anak-anak pun dah berpelajaran. Tetapi, kenapa jiwa aku tak tenang?” Dihentak kepala ke meja. Bukan sekali, tetapi dua tiga kali. Sekejap berjalan mundar mandir, sekejap melihat di jendela rumahnya. Orangnya bukanlah miskin atau papa kedana, malah kaya raya. Bukan sikit hartanya, malah berlot-lot tanah dalam tangannya. Orang lain melihat Dato’ Jasmon orang yang hebat dan bertuah. Sudahlah mempunyai keluarga yang sempurna, harta benda pula melimpah ruah. Bertambah hebat, ramai kenalan dan rakan niaganya dari kalangan korporat, wakil rakyat, sehingga mereka yang bergelar Dato’ dan Datuk Seri. Itulah pandangan orang kebanyakan. Orang yang melihat dari siaran radio atau kaca mata televisyen yang ditayangkan. Hakikatnya, masyarakat hanya melihat dari sudut luaran. Bukan tuan empunya badan. Hatinya penuh kecelaruan. Fikirannya berserabut dengan 1001 urusan dan persoalan. Setiap malam fikiran kalut dan jenuh berfikir akan pelbagai urusan. *Tiada ketenangan. bersambung~~
Posted on: Mon, 28 Oct 2013 04:47:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015