-Mencari jiwa yg tenang- (episod dua - kesenangan yg - TopicsExpress



          

-Mencari jiwa yg tenang- (episod dua - kesenangan yg sementara) “Di manakah ketenangan?” Getus hati Dato’ Jasmon suatu hari. Dahulu, dia membayangkan apabila harta sudah banyak, tanah sudah luas, isteri sudah jelita, dan anak-anak sudah berjaya, dialah orang yang paling bahagia. Puas dan tersenyum sentiasa. Orang lain tentu sentiasa memuji, menghormati, berteman dan bersama-sama dengannya sentiasa. Pada mulanya, memang itulah yang menjadi nyata. Apa-apa yang diharapkan benar-benar menjadi kenyataan. Selepas penat bekerja, tentulah ganjaran yang didapati. Setelah puas mencari, tentu dapat apa yang ingin dimiliki. Tetapi, ternyata perkara yang menjadi kepuasannya itu tidak lama. Setelah sampai suatu tempoh, dia rasa seperti biasa kembali. Seperti masa tidak pernah dimiliki. Kebahagiaan yang diharapkan hanyalah sementara. Setelah lama dalam genggaman, hilang sudah nikmat yang dicari. Dia kembali berfikir, di manakah kepuasan dan kebahagiaan yang dicari? Mengapa tidak dirasainya kini? Jiwanya gelisah. Kacau bilau. Setiap masa terbayang rakan yang berani menipu dari belakang. Terbayang di kepala agenda pecah rumah dan rompakan. Terbayang keinginan anak isteri setelah dia menghadapi kematian. Bukan mainan fikirannya sahaja, tetapi telah banyak kali terjadi dalam kehidupan Dato’ Jasmon. Ramai rakan dan temannya yang menghadapi perkara yang sama dan pelbagai masalah mula timbul setelah rakannya meninggal dunia. Tetapi dia tidak terlalu menghiraukan. Cerita orang, pandang sahaja sebelah mata. Sejak kebelakangan ini, perkara buruk mula selalu terbayang di fikiran.Bertambah dengan setiap peristiwa yang berlaku di sana sini, semakin bertambah kebimbangan. Apabila terbayangkan pula kematian dirinya… “Ahh tidak! Aku tak bersedia nak mati!” Tertutup mata dalam kerungsingan. Mengharapkan wujud bayangan ketenangan dalam serabut kegelisahan. Di manakah ketenangan?. hatinya mula tertanya. Bolehkah ketenangan diperoleh dengan harta? Jika benar, sudah lama bekas menteri Korea Selatan suatu ketika dahulu tidak bunuh diri. Bolehkah ketenangan diperoleh dengan anak pinak? Jika benar, sudah ramai pakcik dan makcik tua tidak perlu menginap di rumah orang tua. Bolehkah ketenangan diperoleh dengan suami berada atau isteri jelita? Jika benar, tiada istilah kahwin lari atau kes cerai yang melambung tinggi pada hari ini. Apakah Ketenangan wujud atas kepentingan dunia? Jawapan itu hanyalah menurut hawa nafsu dan tertipu dengan keindahan duniawi. Apabila tidak didapati, itulah yang dicari, apabila telah digenggami, tiada lagi bernilai seperti dahulu lagi. *masih belum tenang... bersambung lepas zohor nnt~~~
Posted on: Mon, 28 Oct 2013 05:14:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015