-Penyakit kencing tikus ancaman manusia- Penyakit bawaan tikus - TopicsExpress



          

-Penyakit kencing tikus ancaman manusia- Penyakit bawaan tikus menerusi air kencingnya atau leptospirosis kini semakin menular dengan kadar kematian akibat bakteria leptospira semakin meningkat. Tinjauan astro awani mendapati, terdapat beberapa premis yang kotor malah longkang di sekitarnya juga dipenuhi dengan sampah sarap. Tikus kelihatan berkeliaran sewaktu peniaga menjamah makanan di premis berkenaan. Orang ramai menyifatkan pembiakan tikus berpunca dari premis makanan yang tidak menjaga kebersihan. Masalah tikus kini dilihat ancaman kepada kehidupan manusia. Sampah sarap yang bertaburan bukan sahaja tidak menyenangkan mata yang memandang, malah mengundang lebih banyak penyakit selain jangkitan leptospirosis. astroawani/videos/show/buletin-awani/penyakit-kencing-tikus-ancaman-manusia-13968
Posted on: Fri, 23 Aug 2013 03:11:54 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015