## SYRIA, HALAB Pagi itu jadual kami adalah mengagihkan kupon, - TopicsExpress



          

## SYRIA, HALAB Pagi itu jadual kami adalah mengagihkan kupon, bantuan makanan dan membuat sedikit kaji selidik terhadap penduduk. Kami dibawa ke kawasan pinggir Halab@Aleppo. Salah sebuah sekolah dijadikan pusat agihan bantuan makanan. Cuaca yang agak panas (ketika ini penghujung musim bunga), debu-debu bertebaran disamping jalan yang banyak sudah rosak menjadikan perjalanan kami agak mencabar. Kami sampai di salah satu pekan, tiada yang berbeza dengan situasi di pekan-pekan lain di bandar Halab. Setelah selesai memunggah segala bantuan turun dari lori, kami mula bergerak mengedarkan kupon dan melakukan sedikit kaji selidik. Kami bergerak bersama Aleppo Council (Majlis Tempatan Halab), merekalah yang memimpin dan bercakap untuk pihak kami dengan penduduk. Kami berjalan hampir 400 meter dari sekolah tadi dan kami amat terkejut melihat perkampungan tersebut.. Timbunan sampah memenuhi perkampungan ini, perkampungan orang dhaif dan miskin! Rata-rata mereka ini kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bahkan duduk di dalam satu rumah, beberapa keluarga yang besar. Kami melihat dengan kepala mata kami sendiri, yang sebuah rumah besarnya adalah lebih kecil dr rumah PPR tinggal di dalamnya 4 keluarga. Salah satunya adalah dari anak-anak mangsa korban pengeboman di kawasan rumah mereka, ibu dan ayahnya terkorban lalu dijaga oleh ayah saudara mereka. Isteri kepada tuan rumah pula dipercayai ditangkap oleh regim. Bagaimana tahu ditangkap? Apabila si isteri tidak pulang ke rumah, maka si suami bertanyakan orang ramai. Mereka beritahu ternampak beliau di kawasan jajahan regim dan itu adalah kali terakhir beliau dilihat. Si isteri meninggalkan anak kecil yang baru berusia 6 bulan, suami serta 3 lagi anak yang lain. Terdapat satu keluarga yang mempunyai masalah mental, 8 orang sekeluarga semuanya. Ayahnya seorang yang tua dan mereka tinggal di dalam satu rumah yang mempunyai hanya satu bilik. Mereka langsung tidak pandai menguriskan diri, jiran-jiran merekalah yang bergilir membantu memberikan makanan kepada mereka setiap hari. Gambar : Kami dikejutkan dengan satu lagi penemuan... Sebuah rumah yang Berpagarkan batu-bata, berpintukan kain dan berdindingkan gua... Hanya sebuah bilik dan laluan dari pintu ke bilik itulah dapur dan tandas mereka. Ditambah malang apabila si anak-anak menghidapi penyakit mata (seperti sakit mata anak-anak kucing ketika kecil)... Kami tidak mampu mengikuti mereka lebih lama atas faktor keselamatan, kami dimaklumkan bahawa tidak jauh dari kami ada satu menara yang duduk di dalamnya si penembak tepat dari regim yang sentiasa mencari siapa mangsa seterusnya... InsyaAllah misi seterusnya pada akhir Ramadhan (akhir Julai).. Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions : NAME : GABUNGAN SALAM SYRIA MAYBANK: 5622-1820-7666 SWIFT CODE : MBBEMYKL EMAIL: malaysia4syria@gmail Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057 Paypal: msia4syria@gmail
Posted on: Mon, 01 Jul 2013 05:26:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015