~Sejarah nama Ibn Batoota~ Selalunya nama dalam fb ni nama - TopicsExpress



          

~Sejarah nama Ibn Batoota~ Selalunya nama dalam fb ni nama rekaan. Ada juga yang letak nama betul. Tapi kalau orang tengok nama saya, tentu orang fikir ini pun nama rekaan saya. Sebenarnya nama Ibnu Battutah ni diberi oleh guru hadis saya dari Mewat, India. Beliau ngajar sunan Abu Daud. Ceritanya macam ni... Di madrasah, saya dikenali oleh ustaz-ustaz sebagai orang yang suka pakai lungi (kain pelikat). Saya memang tak pakai seluar sebab pakai kain pelikat ni Sunnah Rasulullah. Jadi saya cuma ada sehelai sahaja seluar putih itu pun untuk saya buat latihan Tae Kwon Do. Lagipun kata guru hadis saya, tak ada bukti Rasulullah pernah memakai seluar. Ianya dipakai oleh para Sahabat untuk menunjukkan ianya jaiz(harus) dipakai walaupun Nabi tak pernah pakai. Yang itu jangan bahas kat sini, pergi ngaji sana... Sini bukan tempat nak bahas... Selain daripada latihan Tae Kwon Do tu, saya hanya pakai kain pelikat tak kira apa yang berlaku. Saya jumpa menteri pun pakai kain pelikat... Jumpa ulama pun pakai kain pelikat... Travel seluruh dunia pun pakai kain pelikat... Masa akad nikah pun pakai kain pelikat... Walimah saya pun pakai kain pelikat... Peduli apa aku, yang penting aku sayang Nabi aku... Mulut dan lidah manusia selamanya tak kan dapat ubah cinta aku pada Rasulullah selamanya. Anyway, disebabkan saya selalu pakai kain pelikat, jubah dan serban. Guru hadis saya tu pun tegur, katanya saya memang pakai macam itu sentiasa ke? Saya jawab ya. Beliau tanya umur, saya jawab 20. Beliau tanya lagi saya pakai macam tu juga walaupun travel? Saya jawab ya. Beliau tanya dah berapa banyak negara dah pergi? Saya jawab dalam 4-5 negara lah... Beliau tanya saya ni orang kaya ke? Saya jawab tak lah... Beliau tanya lagi habis macam mana boleh mengembara? Saya jawab sepertimana para Sahabat mengembara ke seluruh dunia dalam keadaan miskin, saya juga lakukan hal yang sama... Beliau cuma senyum... Lepas tu beliau pun namakan saya Ibnu Battutah dan doakan Allah berkati perjalanan saya... Sebab katanya Ibnu Battutah mula mengembara ketika umur 20-an dan kembali menetap dinegara asal ketika umur 50-an. Jadi mengembara seluruh dunia 30 tahun lah. Dan dengan jubah serban tulah beliau pergi seluruh dunia. Jadi beliau kata saya punyai ciri-ciri yang sama... Sampai hari ni guru saya tu terlupa nama sebenar saya sebab beliau cuma panggil saya dengan nama Ibnu Battutah tu.... Berkat daripada doa guru saya tu jugak, Allah telah sebarkan rezeki saya di serata dunia. Sampai hari ini, Allah telah sampaikan saya ke 10 negara dan Insya Allah tak lama lagi saya akan sampai ke negara ke 11 Insya-Allah... :D Sepatutnya tahun 2013 ni saya pergi ke negara Lesotho, Namibia, Swaziland dan negara-negara jiran yang lain, tapi disebabkan tak ada rezeki, maka pasport saya pun mati dan saya dah renew pasport di embassy South Africa ni, tapi 6 bulan lebih tunggu tak siap-siap lagi pasport saya... :( So tahun 2013 ni telah berlalu tanpa pasport saya dicop oleh mana-mana imigresen negara luar... :( Dan sampai hari ni jugaklah saya tak lepas jubah,kain pelikat dan serban saya berkat doa guru saya tu. :) Alhamdulillah atas segala nikmat bertemu wali-wali Allah dan orang-orang soleh... Doakan saya juga untuk keberkatan umur saya dan khatam perjalanan saya di seluruh dunia. Saya azam untuk keliling dunia dalam masa 30 tahun. Note: nama ibnu batoota tu ada sejarah lagenda nya. Tapi nama owsem tu sampai sekarang saya tak tahu apa sejarah nama tu. Tiba-tiba muncul. :D
Posted on: Sat, 04 Jan 2014 09:35:08 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015