#ShahrinaShaharin Esok saya bakal ke Shah Alam menuntut ELMU BMC - TopicsExpress



          

#ShahrinaShaharin Esok saya bakal ke Shah Alam menuntut ELMU BMC dari kak Roslina ShaikDawood. Sekian kalinya, buah hati ku terpaksa berkorban untuk masa depan kami. Adakalanya rasa bersalah bersarang dalam hati. Mujurlah dia sudah cukup dewasa, untuk menjaga diri. Sepeninggalan si manja, saya akan pastikan beberapa perkara: 1. Sarapan, lunch, dan dinner tersedia ~ ini terutama masa seminar yang lanjut sampai malam. 2. Hiburan ~ Laptop kedua, siaran Njoi, VCD kartun sedia & baru untuk menghiburkan si buah hati. 3. Alat komunikasi ~ Telefon boleh digunakan. Adakalanya saya tidak matikan telefon dalam seminar kerana nak pastikan pangilannya berjawab jika perlu. Ya Allah, Engkau peliharalah anak ku seperti mana kau pelihara diri ku sepanjang hidup ku. Adakalanya saya sampai agak lewat dari masa program bermula. Ada juga yang memberi komen, kelewatan saya kerana kurang disiplin. But yelah saya maafkan mereka sebab dia tak tahu perihal hidup saya. Lagi pun, siapa nak bekerja di hujung minggu jaga anak orang lain? Masa tu lah masa mereka bersantai dengan keluarga. Bukan gitu? Saya pernah juga hadiri latihan seminar, tapi ada yang komen Kalau boleh jangan bawak anak you time seminar. Nanti kelihatan tak professional. Oh, well... Prof Dr Muhaya pernah berikan komen yang bertentangan dengan prinsip ini. Biar anak kita ada dimana juga kita bekerja, sebab sesi begitu adalah antara langkah mendidik mereka bersedia untuk alam dewasa. Kalau yang dah baca buku Biografi Dr Muhaya mungkin anda akan perasan ada beberapa keping gambar Dr Muhaya, suaminya dan anak-anak di suatu bilik di hospital. Oleh kerana Dr Muhaya bertugas sentiasa on-call suaminya Dr Azmi akan bawa anak-anak ke hospital agar mereka dapat makan malam bersama. Saya membesar di sekitar sekolah dan universiti, sebab mak dan ayah tenaga pengajar. Ibu saya guru, manakala ayah pula Prof Madya. Kami sering dibawa melawat makmal, bilik kuliah, dan juga perpustakaan sejak 7-8 tahun. Malah saya pernah merasa memberi tutorial Fizik kepada student ayah saya sebelum saya tamat Master. Memangla skima jawapan dah ada, tapi mengajar student lain adalah satu pengalaman yang luar biasa bagi seorang penuntut. Komen yang serupa juga saya terima dari isteri kepada CEO Hi-Tech Padu semasa kami bersama-sama di Antalya, Turkey tahun 2010 dahulu. Komen puan itu bila membicarakan hal anak-anak, Biar je anak-anak kita hadir bersama masa kita berunding hal bisnes secara santai. Orang English dan American tak pernah kisah pun pasal budak-budak kecil ni. Mereka biar je anak-anak bermain sambil mereka berdiskusi. Orang melayu kita je masih berfikiran sempit. Tabik spring saya pada mereka. Patut lah berjaya membina empayar di Hi-Tech Padu. Buah fikiran orang yang sudah berjaya memang agak berbeza dari yang baru mendaki tangga. Itu lah beza orang yang datang dari latar belakang ilmu, dari orang yang sangka mereka terpelajar sebab dah grad degree, tapi ibu bapa masih di kampung. Jangan salah faham, saya bukan memperkecilkan penduduk kampung sama sekali tidak. Sebab ayah saya juga dari kampung, Atuk saya penoreh getah, manakala datuk sebelah mak pula tukang buat rumah, dan membajak bendang orang lain untuk sara hidup. Tetapi dalam Islam didikan anak-anak bermula sejak 7 tahun. 7 tahun anak-anak sudah diajar menunaikan solat, bukan tunggu baligh. Anak-anak sahabat nabi sejak kecil, dibawa ke pasar meniaga dan belajar meniaga. Jadi apa bezanya sahabat nabi dengan kita? So bila Ina nak buat Seminar? Jawapan saya, bila kredibiliti saya kukuh dan orang tidak lagi persoalkan Kenapa bawak anak you?.
Posted on: Sat, 01 Mar 2014 17:31:52 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015