"Siapa yang kamu takutkan? Sniper tersebut atau Allah?" Ikuti - TopicsExpress



          

"Siapa yang kamu takutkan? Sniper tersebut atau Allah?" Ikuti penceritaan dan pengalaman jurufoto Malaysia Life Line for Syria (Saudara Syahid) yang mengikuti misi ke-2 ke Syria baru-baru ini. Pautan FB beliau: facebook/oblind?fref=ts IBRAH SYRIA: SNIPER Aleppo dihantui sniper-sniper regim yang tak berperikemanusiaan. Siapa sahaja kelibat yang kelihatan dalam jarak sasaran semuanya akan dibunuh. Sniper tersebut dipercayai bersembunyi diatas bangunan tertinggi di Aleppo itu. Jadi kawasan sasaran mereka adalah sejauh mata memandang. Untuk mengelakkan dan mengurangkan jumlah kematian, benteng pasir didirikan. Semasa berada di Old City of Aleppo, dimana ia adalah zon panas dan sangat berhampiran dengan zero-point (titik pertempuran antara FSA dan pihak regim), bunyi bedilan dan tembakan kedengaran setiap masa. Oleh kerana keberadaan sniper yang membahayakan nyawa, banyak lorong-lorong alternative dihasilkan dengan menebuk dinding-dinding prasejarah disana. Juga di beberapa tahap, kami terpaksa merentasi lorong pejalan kaki yang sangat terdedah yang telah didirikan benteng pasir. "Tour guide" kami ketika itu adalah seorang hafiz dan pengasas sebuah sekolah Tahfiz, Sheikh Muadz. Kami ketika itu berada dalam keadaan sangat berjaga-jaga dan cemas. Dan beliau pula lebih banyak tersenyum dan bergurau. Mungkin untuk meredakan perasaan kami. Di satu point, Sheikh Muadz mengarahkan aku untuk shoot bangunan yang dipercayai terletaknya sniper tersebut. Melihatkan aku yang agak cemas, beliau bisikkan sesuatu dalam bahasa arab, yang aku dapat tangkap maksudnya, "Siapa yang kamu takutkan? Sniper tersebut atau Allah?" Dush! Ketika ini memang aku terasa lebih rela di"snipe". Terasa sangat kerdilnya diri dan malu sangat. It just a simple question but really make a big impact to me. Dan dimasa yang sama aku sangat bersyukur dihadiahkan Allah "moment" tersebut untuk aku kongsikan. ------------- "Siapa yang kamu takutkan? Sniper tersebut atau Allah?" Ketika dalam keadaan peperangan seperti ini, lumrah manusia akan berada dalam keadaan cemas dan ketakutan. Ketakutan yang nyawa kita bakal melayang bila-bila masa. Di masa ini kita akan mengingati dosa-dosa silam. Di masa ini kita akan rindukan orang-orang yang mungkin kita akan bakal tinggalkan. Di masa ini kita akan risaukan apa yang akan terjadi jika kita sudah tiada. Hutang yang ditinggalkan, insan yang kita belum memohon maaf padanya. "Siapa yang kamu takutkan? Sniper tersebut atau Allah?" Dush! Dush! Bawa diri kita kembali dimasa kita berada dalam keadaan tenang. Tiada kesulitan, tiada kesusahan. Apa yang kita fikirkan? Pernah terlintas di fikiran kita ketika itu merasakan nyawa kita bakal disentap pada bila-bila masa? Lebih berani kita terfikir untuk melakukan maksiat dengan harapan "lepas nie aku taubat balik". Yang hanyut didalam jahiliyah, yang selesa di dalamnya, merasakan akan ada "masa tambahan" yang diberikan untuk mereka sebelum dicabut nyawa. "Siapa yang kamu takutkan? Sniper tersebut atau Allah?" Dush! Dush! Dush! Ramai di antara kita menyaksikan dan mengakui Allah Maha Melihat apa yang kita lakukan. Tapi berapa ramai dari kita yang mengakui ini benar-benar "merasai" Allah sedang melihat perbuatan kita? Berapa ramai yang merasakan ketakutan kepada Allah melebihi segalanya? Jadi "Siapa yang kamu takutkan? Sniper tersebut atau Allah?" حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ "Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)" - Surah Ali Imran, 3:173 Syahid Öblind Rosley 010613 Aleepo, Syria -------------- For contributions to Humanitarian Aids for Syria : Maybank: 5622-1820-7666 (GABUNGAN SALAM SYRIA)
Posted on: Mon, 01 Jul 2013 05:27:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015