(Soalan) Ada dasar baru pendidikan untuk meletakan banyak - TopicsExpress



          

(Soalan) Ada dasar baru pendidikan untuk meletakan banyak teknologi di sekolah untuk pembelajaran? (Jawapan Tun Dr M) Hari ini saya membaca mengenai penekanan untuk kemahiran bahasa Melayu. Persoalannya sama ada anda mahu pergi ke sekolah untuk belajar bagaimana untuk bercakap dan bercakap dalam satu bahasa sahaja? Ini adalah salah. Kita pergi ke sekolah untuk.mendapatkan pengetahuan yang kebanyakannya datang dalam bahasa Inggeris. Masyarakat Islam dahulu gemilang kerana belajar bahasa asing seperti Greek dan Latin untuk menimba ilmu. Selepas itu masyarakat Eropah belajar bahasa Arab untuk memperoleh ilmu. Kini ilmu berkembang dalam bahasa Inggeris dan untuk menterjemahnya memakan masa yang lama. Matapelajaran Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Melayu akan menyebabkan banyak ilmu ketinggalan. Saya tidak bersetuju dengan dasar ini. Sistem sekarang tidak menyumbang kepada perkembangan saintifik di negara ini. Kita juga tidak boleh terlalu bergantung dengan guru sahaja. Pendidikan juga perlu berinteraksi dengan teknologi komputer dan murid boleh belajar dengan lebih cekap dan pintar. Saya pernah mencadangankan ini semasa saja jadi Perdana Menteri tetapi ditolak.
Posted on: Wed, 09 Oct 2013 06:40:00 +0000

Trending Topics



margin-left:0px; min-height:30px;"> Oskri Dried Fruit, Blueberries, 6 pk qv82xn2 xa6518
The Alzheimers Accountability Act (S.2191 & H.R.4351) has gained

Recently Viewed Topics




© 2015