[Walaupun Mahathir berjaya membangunkan Malaysia dengan - TopicsExpress



          

[Walaupun Mahathir berjaya membangunkan Malaysia dengan pembangunan fizikal selama pemerintahannya lebih dua dekad dan masa itu juga negara dilanda krisis rasuah melampau dengan keadaan ekonomi yang tak stabil, beliau nampaknya masih tidak segan silu mengeluarkan kenyataan yang tidak cerdik biar pun masih bernyawa di era kebangkitan K-Pop dan Justin Bieber ini. Daripada beliau merepek dan makin nampak tidak cerdik, kan elok kalau Mahathir ini memuji orang Melayu yang sudah jadi wakil rakyat dalam DAP. Kan bagus kalau beliau kata Melayu sudah terbuka sebab ramai yang mengundi DAP. Kan lebih bermakna kalau dia menyuruh lebih ramai orang Melayu menyertai DAP agar boleh menang banyak kerusi CEC? Kalaulah orang Cina lebih ramai daripada Melayu yang berhimpun selepas 5 Mei lalu, apa isunya? Apa pula masalahnya bagi orang Melayu, India, Iban, Punjabi, Dusun, Murut, Melanau? Agaknya, Mahathir mungkin jarang mengeteh di warung mamak. Walaupun taukeh kedai itu seorang mamak, ramai saja anak Melayu bertandang sampai santak subuh. Tak pula menjadi heboh masyarakat.] ~ ayat-ayat dipetik daripada artikel di bawah. - See more at: roketkini/2013/06/10/cina-cina-cina-mahathir-memang-tak-faham-maksud-rakyat/#sthash.ti7mJ5av.dpuf
Posted on: Fri, 14 Jun 2013 06:18:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015