[co-admin] POLIGAMI : SUNNAH YANG MENJADI FITNAH satu - TopicsExpress



          

[co-admin] POLIGAMI : SUNNAH YANG MENJADI FITNAH satu penilaian semula Salam semua khalayak pembaca. Selepas kita keluarkan artikel tentang isteri dan juga kegagalan suami menjalankan fungsinya, kini kita tiba di satu topik panas yang pastinya isteri-isteri akan tersenyum lebar. Kami pula akan bengkak kepala kena hentam oleh mereka yang berkepentingan. Tolong jangan marah kami, kerana ini satu cetusan, bukan satu ketetapan, kecuali anda boleh nampak jelas ianya adalah tulin dari hidayah dan aturan Allah. Memang telah termaktub sebelum inipun, jika sunnah nabi yang paling popular pada wanita ialah “Suami romantik” dan untuk lelaki pula ialah sunnah ‘POLIGAMI’, kahwin 4, dijaja motivasi PAYUNG EMAS habis habisan. Bahkan Payung Emas itu sendiripun sang penjaja tak faham dengan jelas secara sains praktikalnya. Ada segelintir madu madu yang meneran juga untuk menelan dengan kelat sekali hanya kerana penyampainya sangat kelihatan ‘beragama’. Pada hari ini, Warga Prihatin akan mengupas isu poligami ini atas desakan yang bertalu talu dari pembaca. Kami anggap isu ini sebahgian dari banyak prioriti memandangkan kami mendapat maklumbalas dari artikel sebelum ini dari isteri-isteri yang dianiaya dengan paksa untuk bekerja bagi menampung keluarga dan menanggung suami yang berpoligami. Mendengar rintihan yang diadukan pun kami rasa panas hati dan seakan tidak percaya ada lelaki sedayus itu. NASAH MANSUH POLIGAMI Bila kahwin 2,3 atau 4 sahaja mereka jawab IKUT SUNNAH NABI. Lihat tu, Allah perintah mulakan dari 2, bukan satu. Itulah jawapan pelepas kepada semua persoalan bagi membenarkan tuntutan nafsu sebahagian mereka. Masih ingatlagi keperluan melihat perintah Allah secara kaffah? Secara menyeluruh, secara helikopter atau birds eye view? Masih ingat NASAH dan MANSUH? Nafi dan isbat? Pro dan kontra? Mari kita lihat, bagaimana halusnya Allah dalam menyindir manusia tentang poligami. Ini ayat yang pertama; وَإِنْ خِفْتُمْ أَلا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلا تَعُولُوا Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yatim maka kawinilah wanita-wanita yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian ITU ADALAH LEBIH DEKAT KEPADA TIDAK BERBUAT ANIAYA. [An-Nisa: 3]. Dalam ayat ini JELAS Allah nyatakan tentang keadilan jika mahu berkahwin. Jika takut tak mampu berlaku adil, bahkan akan menganiaya, maka kahwinlah seorang sahaja. Ayat ini sangat jelas dan mampu difahami secara muhkammat, secara langsung. Mudahnya, nak berpoligami itu BOLEH tetapi wajib untuk berlaku adil kepada isteri-isteri. Soal besarnya ialah…MAMPUKAH KITA BERLAKU ADIL? Kita lihat apa yang Allah jawab; وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ وَإِنْ تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا Dan KAMU SEKALI-KALI TIDAK AKAN DAPAT BERLAKU ADIL di antara isteri- isteri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung, sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [An-Nisa: 129] Ya, itu dia puan-puan dan tuan-tuan, biasa kita suka ambil ayat yang pertama di atas dan jarang pula nak jengah-jengah ayat 129 ini pula. Makanya, ramai pula yang sebenarnya berpoligami tapi tak tahu syarat poligami itu sendiri. ALLAH SENDIRI CONFIRM KITA TAK AKAN SEKALI-KALI MAMPU BERLAKU ADIL dan menjadi adil pula adalah satu syarat poligami. Boleh nampak apa ayat kami seterusnya? Itulah nasah mansuh yang boleh difikir-fikirkan. Jika anda tanya kepada suami anda soalan seperti “Bolehkah saya beli handbag Prada tu?” lalu dijawab oleh suami anda, “Boleh kalau you boleh bagi saya segenggam tanah dari planet Pluto”. Agak-agak, suami anda IZINKAN atau tidak jika jawapannya begitu? Bila tiba isu poligami, semua kata nak ikut nabi. Mengapa pula janda berumur 40 tahun yang telah 2 kali menjanda tidak pula menjadi pilihan untuk perkahwinan pertama? Biasa yang kita lihat, umur dah 40 tahun tetapi kahwin isteri ke-dua berumur 18 tahun. Jika benar nak ikut sunnah, ikutlah sehabis baik. Itulah salah satu salahfaham mereka yang suka ambil ayat Allah yang mana sedap-sedap sahaja. Ayat Allah yang tak sedap untuk mereka disorok-sorokkan. Sumber:tranungkite.net/v12/moduled.php?name=Forums&file=viewtopics&12695
Posted on: Sun, 01 Dec 2013 01:36:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015