002] PENDAPAT: WAKAF DALAM ISU LEBUHRAYA RAKYAT DI KELANTAN & - TopicsExpress



          

002] PENDAPAT: WAKAF DALAM ISU LEBUHRAYA RAKYAT DI KELANTAN & SIKAP ORANG YANG SUKA MENGHARAP ORANG LAIN Tahun lepas saya baru tahu tentang Projek Lebuhraya Rakyat di Kelantan. Projek yang dijalankan dari sumbangan dan wakaf Warga Kelantan untuk membina lebuhraya 4 lorong sejauh 73km. Konsep WAKAF itu sangat bijak dalam pengurusan ekonomi Negeri. Sewajarnya projek ini dicontohi oleh Kerajaan Persekutuan juga. Baru-baru ini saya ke Kelantan atas satu urusan dengan program SUK Negeri, lalu saya tanyakan, berapakah dana terkumpul? Jawap mereka hanya beberapa juta sahaja dan hanya cukup untuk beberapa KM pembinaan sahaja. Konsep dah cantik, tetapi sokongan masyarakat agak rendah. Saya masih kaitkan isu ini dengan isu sebelum ini. Semua nak harap kerajaan yang buat tetapi tidak memulakan dengan diri sendiri dahulu. Maka, projek yang pintar seperti lebuhraya rakyat ini kurang dapat sambutan. Apabila timbul tuntutan komitmen diri...semua orang tak nampak kepala. Populasi negeri Kelantan sahaja sudah 1.7 juta. Jika purata (ada yang bagi seringgit yang kaya bagilah seribu dua) RM100 sudah ada sekitar 170 Juta. Jika dilanjutkan untuk tahun ke-2 tak mustahil sebuah lebihraya percuma mampu dibina. Itu tak masuk lagi dengan warga negeri lain yang selalu berulang alik ke Kelantan. Tapi hakikatnya, kita kebanyakannya suka pakai tapi tak suka bina. Saya pernah ambil foto perkahwinan pengantin berbangsa India di sebuah Kompleks Komuniti yang besar di Sentul. Di hadapan dewan itu ditulis nama-nama penyumbang dari yang paling tinggi sehingga serendah RM1000 diukir atas plague gangsa. Tetapi asalnya mereka bina bersama atas dana terkumpul itu. Mereka lebih sedar tentang wakaf dari kita. Cuma mereka mungkin tak panggil itu wakaf. Setelah bangunan itu siap dibina, ada bahagian untuk kegunaan komuniti setempat dan ada bahagian yang disewakan termasuk kegunaan dewan. Hasil sewaan dan aktiviti disitu yang digunakan semula untuk penyenggaraan bangunan. Saranan saya sekali lagi, jadilah BANGSA YANG MAJU seperti mana Bangsa Jepun yang tidak kisah bertukar kepimpinan dan kerajaan kerana RAKYAT yang berkesedaran menjaga negara bukan hanya harap pemimpin sahaja. Sebab itu, Rakyat Jepun disegani oleh pemimpin-pemimpin. Bangsa Melayu Beragama Islam dah ada sistem yang dah diajarkan seperti "Wakaf" tadi tetapi bila sampai seruan wakaf...seluklah saku seluarmu, dan habiskanlah yang besi dan nota-nota biru lebihan belanja sedangkan kereta kamu sahaja berharga 20 buah pangsapusi kos rendah Si Miskin SAIFUL NANG Menantu Orang Kelantan
Posted on: Sat, 20 Jul 2013 03:50:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015