#1 Kalau betul kau seorang skater,kau akan tau apa itu Video Days - TopicsExpress



          

#1 Kalau betul kau seorang skater,kau akan tau apa itu Video Days dan signifikasinya. Kalau betul kau seorang skater,kau akan kenal nama Jordan Richter. [note:kalau] Maka, Tak nak dengar cakap saya,sila dengar cakap dia. ___________________________________________________ #2 Pandang langit.Beralih ke riba.Dan kemudian kembali semula ke hadapan. Pandang langit.Turun ke riba.Dan sekali lagi kembali semula ke hadapan. Hujung telunjuk kanan di bawah sedar memutar wheels Element di riba dengan mata masih tak beralih arah.Bibir mengukir senyum segaris di bawah sedar.Ditarik ingatan yang melayang berpatah balik merentas masa.Dihambat oleh hingar ramp yang meriah di depannya.Pada deck pertama yang dibeli.Pada trick pertama yang dikuasai.Mengingatkan kembali pada siku dan lutut yang pernah bersagat berparut,juga pada jiwa juga yang pernah sama bersagat berparut.Mengingatkan kembali pada tulang belulang yang pernah retak terkehel,juga iman dan perasaan yang pernah sama retak terkehel. Sakit. Perit. Literally. Figuratively. Untung budak zaman sekarang.Ayat tu melintas hati.Bibir masih senyum lagi.Hujung telunjuk di atas wheels masih menari. “Senyum sensorang apa kes?” Bahu ditepuk perlahan. “Aku jiwang.” Yang menegur tak dipandang. “Memang.” Yang menegur menyambut senang. Serentak ketawa mereka pecah. Tubuh dilabuhkan di atas tembok batu menghadap ramp yang masih tak sunyi.Poptop Logo yang tadi di tangan dibawa ke atas riba.Kedua belah kaki dilipat ke dalam sila di sebelah tuan Element yang masih juga tak mengalih mata. Angin petang membawa dingin.Rahmat.Dari pandangan belakang tee kelabu tuan Element dan tee kuning tuan Poptop sama basah bercurah keringat. “Untung budak scene ni zaman sekarang.” Yang tadi terlintas di hati diucapkan pada orang sebelah.Mata masih pada ramp.Di satu sudut di celah kecoh yang meriah tu Fudge tengah ajar budak baru buat kickflip. “Hmm?” Tangan capai botol air dari beg yang tersadai di antara mereka. “Untung.” Diulang sekali lagi.Kini mata sekilas memandang orang sebelah. “Zaman kita dulu tak terlintas orang boleh nak associate scene ni dengan .....” Tergantung di situ. “Kau tu yang duduk Australia lama sangat sampai tak tau apa.” Sengih mengusik. Ketawa. “Malas aku nak layan la kau ni,Ked.” “Weh,aku abang ipar ni.Agak sikit kalau nak derhaka pun.” Ked tolak bahu AO dengan botol air di tangan dengan sengihnya. Ketawa AO masih bersisa. “Sensitip melampau la kau.” Meriah ketawa mereka kembali pecah.Ked geleng kepala.Botol air dibuka penutupnya. Pandangan mereka kembali menala ke arah ramp. “Untung diorang.” Sekali lagi AO mengulang. Bibir Ked kini sama mengukir senyum segaris.Mata mengikut gerak Fudge yang dari tadi tak habis drill ‘anak murid’ nak bagi dapat jugak kickflip tu.Faham maksud AO. “Zaman kita dulu mana pernah ada Skate For Faith segala bagai.Mana pernah ada benda pun nak kait mengaitkan scene ni dengan faith.” Senyum kini berbias tawar-pahit-payau. “Sekarang Joe Ipoh dah ada G-Hard.Orang pun dah tak tengok pelik sangat kalau budak scene kata, ‘aku nak break solat’.” Hanya angguk. “Kau pergi Skate For Faith yang diorang buat kat Twins Of Faith tahun lepas tu?” AO pandang Ked. Angguk sekali lagi. “Sideliner.Saja tengok.” Mata masih juga pada Fudge.Nafas panjang dihela. “Tumpah air mata.” Rendah Ked menuturkan. Pandangan AO pada Ked masih tak beralih.Tanda menyuruh ayat yang berbunyi tergantung tu disambung. “Aku tumpah air mata tengok Joe Ipoh.Serius.” Ked senyum segaris. “Sama macam masa aku tumpah air mata tengok video Jordan Richter lepas dia rivert masuk Islam.” Nafas panjang dihela lagi. “Lagi tumpah air mata waktu solat jemaah in between events tengah-tengah ramp.” Kepala digeleng perlahan dengan ketawa tawar. “Epik.” Poptop di riba kini diletak tepi.Kedua belah kaki dalam sila ditegakkan,dilunjur ke depan. “Skateboarding is not a crime.” AO mengucapkan pada angin.Hujung telunjuk kembali memutar wheels. “Never a crime.”Ked angguk . “Kalau dulu mungkin the life that comes with it tak berapa nak ada alternatif dan susah nak dibawa.Sekarang tak lagi.Ada alternatif.Dulu mana pernah terlintas yang boleh tengok Joe Ipoh dengan Tha-B graffiti dalam iklan promote Stop-and-pray.Sekarang benda tu dah depan mata.” “Aku pun tumpah air mata masa first time tengok.” Rendah suara AO menyambut.Orang yang tak faham,memang takkan dapat cerna perasaan yang terzahir bila tengok paradigm dan dynamic change dalam scene ni.Happy sangat.Terharu yang terlalu. “Jordan Richter did it.” “Bruce Walker?Heh.” “Bruce Walker takyah sebut.Aku sensitip.” AO ketawa. “Serves you right la,bro.Kena third degree burn dengan Kak ‘Hadiah’ kau tu pasal kerek sangat.” Sekali lagi ketawa mereka pecah serentak. “Dulu tak ada benda-benda macam ni.” AO pandang langit sambil tarik nafas panjang. “Dan aku tak pernah terlintas pun akan boleh ada benda-benda macam ni.” Tepukan kuat minta perhatian di tengah ramp menarik perhatian mereka.Fudge tegak di tengah ramai-ramai tu.Deck dah tersadai di kaki. “Times up lagi 15 minit!” Bergaung suara Fudge buat announcement. “Lepas tu semua pergi get ready.Ada masa sejam setengah nak mandi segala.Sebelum azan Maghrib make sure semua dah ada kat surau.Kalau dak,siap!!” Dia alih arah suara pula ke arah Ked dan AO di tepi ramp. “AO,kau imam!Lusa dah nak balik Australia.Ked,kau punya tazkirah jangan nak buat lupa!” Ked dan AO berpandangan sebelum AO angkat salut ke arah Fudge sambil ketawa. “Yes,kem komandan.” Di belakang mereka banner ‘School Break iSkate Clinic’ sama menari mengikut tiupan angin petang. Skateboarding is not a crime.It’s about taking control over the life that comes with it. Jordin Richter bicara tentang versus.Jordan Richter bicara tentang anthem. But cultural imperialism over religion,that,is a crime. Happy Go Skateboarding Day. May Allah bless. 185621062013
Posted on: Fri, 21 Jun 2013 16:49:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015