1) Kawal Pengambilan Lemak & Gula Walaupun sedang bercuti, - TopicsExpress



          

1) Kawal Pengambilan Lemak & Gula Walaupun sedang bercuti, kalau boleh elakkan makanan segera atau makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula kerana makanan sebegini susah untuk dihadamkan. Kalau boleh, sebelum pergi ke satu-satu tempat itu, lakukan sedikit ulangkaji di mana terdapat restoran yang menyediakan masakan panas dan bagi kita orang Islam sudah semestinya harus mencari yang halal tetapi berkhasiat. 2) Rancang Waktu Makan Selalunya apabila mengembara, tidak dinafikan kita sering kesuntukan masa untuk makan dengan tenang. Maksudnya pergi ke restoran dan order satu set nasi yang lengkap dengan lauk bagai. Kadang-kadang terpaksa keluar awal pagi untuk ke lapangan terbang atau menunggu teksi untuk ke destinasi yang ingin dituju. Jadi sentiasa merancang perjalanan dan juga waktu makan kita. Sekiranya tidak sempat untuk makan pagi memadai sekiranya mengalas perut dengan memakan roti dan minum air mineral. Asalkan perut tidak dibiarkan kosong tanpa diisi dengan makanan boleh meningkatkan kandungan asid di dalam perut. 3) Jangan Terlalu Makan Masakan Pedas Masakan yang pedas boleh menyebabkan rasa tidak enak di dalam perut. Jadi seeloknya, jangan terlalu makan masakan yang mengandungi cili dan kari. 4) Makan Dalam Kuantiti Yang Sederhana Walaupun teruja berada di tempat orang, jangan makan terlalu banyak kerana semakin banyak makanan yang masuk ke perut kita semakin banyak jumlah asid akan terhasil di dalam perut. Jadi, kawal kuantiti makanan yang masuk, seeloknya makan dengan kerap tetapi sedikit jumlahnya. Perut yang terlampau penuh akan menyebabkan aktiviti akan terganggu dan boleh membuatkan kita mengantuk. Jadi ruginya sekiranya waktu yang harus dimanfaatkan untuk mengenal tempat orang diisi dengan aktiviti tidur. 5) Jaga-Jaga Apa Yang Dimakan Apabila melancong di tempat orang, perkara pertama yang harus dititik beratkan adalah kebersihan premis / tempat makan. Jangan sesekali makan di kedai yang kita sendiri tidak yakin akan tahap kebersihannya seperti kedai-kedai yang terdapat di tepi jalan atau jauh dari sumber air yang bersih. Jangan sesekali makan buah-buahan yang telah dipotong dan terbiar. Pastikan juga air yang diminum adalah bersih dan telah ditapis. 6) Jangan Berparti (Meminum Minuman Keras) Dengan Berlebihan Alhamdulillah syukur kerana Islam memang melarang untuk meminum arak. Arak mengandungi kandungan alkohol yang tinggi yang boleh meningkatkan kandungan asid didalam perut. Selain itu ia juga boleh mengganggu esofagus. Jadi seeloknya walaupun tidak minum minuman beralkohol, elakkan juga dari meminum minuman yang mengandungi kandungan sitrus yang tinggi. 7) Jangan Makan Sebelum Tidur Kedudukan semasa tidur juga boleh menyebabkan asid berpindah ke esofagus. Jadi, sekiranya ingin mengalas perut sebelum tidur, ambillah buah-buahan dan minumlah air masak secukupnya. zailabinimdae.blogspot/2013/11/7-tips-elakkan-perut-meragam-ketika.html
Posted on: Tue, 19 Nov 2013 01:06:59 +0000

Trending Topics




© 2015