1) “S: Boleh ke orang PAS kahwin dengan wanita UMNO? Ustaz: - TopicsExpress



          

1) “S: Boleh ke orang PAS kahwin dengan wanita UMNO? Ustaz: Kenapa tak boleh. Bahkan Muslim boleh kahwin dengan wanita Yahudi/Nasrani, walau namanya Jennifer Lopez ” 2) “Ketika solat jika terasa hendak kentut sedikit, sunat tahan; tapi jika sudah kronik, maka afdal kentut kerana solat sudah tidak khusyuk. ” 3) “Nasihat dulu jika isteri degil, kalau tak jalan, pisah tempat tidur. Kalau tak jalan juga, rasanya kamu yang senyap-senyap pergi join dia tidur balik. ” 4) “Orang yang kaki kentut tidak boleh menjadi imam; kecuali semua makmum juga kaki kentut, iaitu orang-orang yang tidak boleh kawal kentut mereka. ” 5) “Isteri nak handbag dia tak beli, minta duit RM600 dia beri RM60, lepas tu ada hati nak kahwin dua. Inilah lelaki yang lebih sudu dari kuah ” 6) “Ciri gadis yang mas kahwin RM10k ialah yang beragama, pandai serba-serbi seperti menjahit & pandai buat beraneka kuih bukan sekadar buat cekodok saja. ” #Koleksi Jenaka Santai UAI (36)#
Posted on: Sun, 22 Sep 2013 22:46:52 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015