10 SAINTIS TERKENAL DUNIA.. 1. ALBERT EINSTEIN.. - Hanya mampu - TopicsExpress



          

10 SAINTIS TERKENAL DUNIA.. 1. ALBERT EINSTEIN.. - Hanya mampu bercakap ketika berusia tiga tahun dan boleh membaca semasa lapan tahun. Namun, kekurangannya tidak menghalang dirinya bergelar saintis terkenal dunia melalui sumbangannya dalam bidang fizik dan teori relativiti. 2. SIR ISSAC NEWTON.. - Mempunyai pengetahuan luas dalam matematik, falsafah semulajadi dan fizik. Antara sumbangan terbesarnya adalah tentang tiga perbezaan prinsip daya dan graviti. 3. GALILEO GALILEI.. - Seorang ahli fizik, ahli falsafah dan ahli astronomi. Kepakarannya mewujudkan dua prinsip penting dalam daya dan teleskop. 4. CHARLES ROBERT DARWIN.. - Membuat sumbangan menakjubkan tentang asal-usul manusia dan banyak mengembara ke seluruh dunia hanya untuk membuktikan ketepatan teorinya. 5. ARISTOTLE.. - Memiliki pengetahuan luas dalam bidang zoologi, fizik, matematik, logik dan biologi. Sehingga hari ini, manusia masih boleh melihat hasil sumbangan beliau dalam bidang tersebut. 6. THOMAS EDISON.. - Tidak ramai saintis berjaya mencipta dan mempatenkan lebih 1,000 barangan sepertinya. Antara barangan beliau ialah mentol dan fonograf (peti nyanyi). 7. ALESSANDRO GIUSEPPE ANTONIO ANASTASIO VOLTA.. - Berasal dari Itali, Volta, menyumbang kepada dunia sains dengan mewujudkan sel penyimpanan elektrik. Unit elektrik digunakan untuk mengukur elektrik, volt mendapat nama sempena namanya sekali gus menjadi salah satu sumbangan sains terbaik dunia. 8. STEPHEN HAWKING.. - Seorang saintis abad ke-20, terkenal dengan teori Big Bang dan Teori Lubang Hitam. Sehingga kini, beliau masih menjadi profesor matematik di University of Cambridge bagi terus memberi sumbangan dalam bidang itu. 9. LOUIS PASTEUR.. - Terkenal kerana sumbangannya dalam dunia perubatan. Beliau adalah antara individu pertama menyuarakan teori kuman. Hingga kini, banyak kajian mengenai kuman masih diguna pakai dan dikaji. 10. SIR JAGADISH CHANDRA BOSE.. - Antara saintis berketurunan Benggali yang terkenal kerana sumbangannya mencipta radio dan ketuhar gelombang-mikro. - Walaupun mereka ini adalah para saintis dan bijaksana dalam bidang masing-masing, namun Islam adalah agama Syumul yang pertama dalam dunia yang telah mencipta nama dalam dunia perubatan atau bidang apa sekalipun. Contohnya Ibnu Sina, Ibnu Batoota, Ibnu Khaldun, dan ramai lagi para ulama yang bijaksana. - Jika kita membaca dan meneliti tentang sejarah, sejak zaman dahulu dan zaman Khulafa Ar-Rasyidin, adalah zaman kegemilangan Islam. Ibnu Sina yang pakar dalam bidang perubatannya sehingga ke pelusuk dunia. Ibnu Batoota yang menjadi ahli pelayaran Islam pertama yang mengelilingi dunia bersama kapal pelayarannya, dan begitu para saintis Islam dunia yang lain. - Usah terlalu taksub dengan saintis dunia yang datangnya dari pelbagai latar-belakang yang berbeza. Kita boleh mengagumi mereka-mereka ini, tetapi jangan terikut2 cara kehidupan barat yang kadangkala terpesong dek teori atau apa alasan mereka dengan penciptaan mereka. - Hanya Allah yang Maha Berkuasa atas tiap sesuatu. Sesungguhnya apa yang mereka kecapi itu adalah anugerah istimewa dari ALLAH juga. Maka itu kita harus bersyukur atas nikmat ALLAH itu yang semuanya dari ALLAH SWT. Usah sombong, riak, takabbur dan bangga dengan apa yang Allah kurniakan, kerana setiap kejayaan, kemewahan, kekayaan yang ALLAH beri itu akan di tarik-balik jika sifat angkuh diri itu ada pada kita. Dan ingatlah itu hanya sementara waktu di dunia ini, dan ingatlah AKHIRAT itu adalah pasti dan yang kekal selamanya...!! .. RENUNG, LIHAT, FIKIR DAN AKAL ITU ADALAH PERANCANG YANG BIJAK ..
Posted on: Tue, 29 Oct 2013 09:51:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015