100 HARI PR MEMERENTAH SELANGOR..APA YANG DI BUAT UNTUK - TopicsExpress



          

100 HARI PR MEMERENTAH SELANGOR..APA YANG DI BUAT UNTUK RAKYAT SEDIKIT INFO UNTUK DI KETAHUI.... Kini, sudah 100 hari Kerajaan Pakatan memerintah, namun masih belum ada perkhabaran baharu atau gembira buat rakyat Selangor. Terutama daripada perlaksanaan manifesto pakatan pada PRU 13. . Rakyat masih tertunggu-tunggu untuk merasai hasil daripada perlaksanaan manifesto tersebut. Tetapi sepatutnya rakyat Selangor tidak perlu mengharap apa-apa daripada manifesto tersebut kerana awal-awal lagi sudah ditegaskan bahawa ia bukan satu janji. Maknanya, jika sudah bukan janji maka tentunya tiada jaminan perlaksanaan. Sidang DUN Selangor pula telah berakhir pada awal Julai yang lalu. Sidang itu menjadi kritikan awam apabila apabila Menteri Besar membentangkan enakmen perbelanjaan tambahan sebanyak RM761 juta. Tindakan ini dikritik kerana tanpa angin dan tanpa ribut, tiba-tiba kerajaan negeri membentangkan perbelanjaan tambahan. Jika diperhatikan suasana sekeliling, tiada malapetaka besar atau krisis ekonomi yang menuntut kepada satu perbelanjaan luar jangka. Tindakan ini memberi gambaran bahawa Kerajaan Pakatan gagal merancang penggunaan wang wang secara berhemah dan bertanggungjawab. Apatah lagi, ini adalah mesyuarat pertama bagi penggal pertama persidangan DUN. Sebahagian besar wang dalam perbelanjaan tambahan tersebut adalah sebagai pinjaman kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bagi tujuan pengambilalihan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad. RM80 juta diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi mengambilalih tanah tanah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk membangunkan projek Datum In-City. Persoalannya mengapakah entiti perniagaan tersebut tidak menggunakan sumber kewangan sendiri atau menggunakan intrumen pinjaman kewangan dalam membiayai urusan perniagaan mereka? Mengapakah wang rakyat harus digunakan dalam menjalankan operasi perniagaan mereka? Sedangkan kedudukan kewangan syarikat-syarikat itu dikatakan dalam keadaan kukuh. Rakyat juga tentunya akan terus mengingati 10 perkara dalam aku janji Khalid, yang antara kandungannya ialah memelihara prinsip rukun negara, kedaulatan institusi raja, agama Islam, kedudukan istimewa orang Melayu, serta perpaduan kaum. Rakyat menanti dan mahu melihat sejauh mana ikrar dalam akaujanji itu akan dilaksanakan. Atau itu semua sekadar janji-janji manis di tepi bibir yang tidak akan kunjung tiba. Bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) Selangor pula, para Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN) telah dan akan terus bekerja untuk membela dan mengambil hati rakyat. Pelantikan Datuk Seri Noh Omar selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor tentunya akan memberikan fokus kepada barisan pengurusan untuk terus bersedia bagi menghadapi PRU ke 14. Inilah masa untuk bersatu hati dan tindakan. Nota: seperti yang dipaparkan dalam Utusan Malaysia 15/8/2013 ms 11
Posted on: Sun, 18 Aug 2013 10:58:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015