11 ADAB BERBICARA Adab berbicara merangkumi cara-cara memberi - TopicsExpress



          

11 ADAB BERBICARA Adab berbicara merangkumi cara-cara memberi pendapat, komen, kritik, hujah, ceramah dan syarahan dengan cara yang dianjurkan Islam. Sama-sama kita mengingatkan diri kita dan berusahalah kita mengamalkannya. 01. Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar, sebagaimana dalam hadis Aisyah R.A.: “Bahawasanya perkataan Rasulullah S.A.W. itu selalu jelas sehingga boleh difahami oleh semua yang mendengar.” (HR Abu Daud) 02. Jangan bercakap mengenai hal orang lain dan jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya, berdasarkan Surah Al-Hujurat:11 dan juga hadis Nabi S.A.W: “Jika seseorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi dan ia menghasankannya) 03. Jangan membuat fitnah dan menjauhi kata-kata keji, mencela, melaknat berdasarkan hadis Nabi S.A.W.: “Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.” (HR Tirmidzi dengan sanad sahih) 04. Semua percakapan mestilah membawa kebaikan seperti dalam surah An-Nisa’, ayat 14 dan surah Al-Mukminun, ayat 3. Dalam hadis Nabi S.A.W. menyebutkan: “Barangsiapa yang beriman pada Allah dan pada hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim) 05. Seimbang dan menjauhi sikap berdolak-dalik, berdasarkan hadis Nabi S.A.W.: “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan bersikap sombong dalam bercakap.” Maka dikatakan: “Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui erti ats-tsarsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun?” maka jawab Nabi S.A.W.: “Orang-orang yang sombong.” (HR Tirmidzi dan dihasankannya) 06. Mengulangi kata-kata penting jika diperlukan, dari Anas R.A. bahawa Nabi S.A.W. jika bercakap maka baginda akan mengulanginya 3 kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang maka baginda pun mengucapkan salam 3 kali. (HR Bukhari) 07. Menghindari banyak bercakap kerana khuatir membosankan orang yang mendengar, sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il: Ibnu Mas’ud R.A. senantiasa mengajari kami setiap hari khamis, maka berkata seorang lelaki: “Wahai Abu Abdurrahman (gelaran Ibnu Mas’ud) Seandainya engkau mahu mengajari kami setiap hari?” Maka jawab Ibnu Mas’ud: “Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana aku pun pernah meminta yang demikian pada Nabi S.A.W. dan baginda menjawab khuatir membosankan kami.” (HR Muttafaq’alaih) 08. Baca seterusnya ► ahmad-sanusi-husain/2011/12/11-adab-berbicara.html #Islam #Muslim #Quran #Hadith #akhlak #adab
Posted on: Sat, 25 Jan 2014 08:03:58 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015