12 Nov 2013 Kepada, Zahrah Zaid, Pengarah Sumber - TopicsExpress



          

12 Nov 2013 Kepada, Zahrah Zaid, Pengarah Sumber Manusia, Malaysia Airlines, Subang Puan, Per : Bantahan Terhadap MAS Dibawah Seksyen 59 AP 1967 Kami merujuk kepada perkara diatas. Kesatuan Kebangsaan NUFAM ingin membantah dengan sekerasnya diatas tindakan syarikat MAS di mana pihak syarikat telah mengantung (suspend) pekerjaan Presiden Kesatuan NUFAM iaitu Encik Ismail Nasaruddin sebagai Anak Kapal Kabin Penerbangan MAS pada 8 Nov 2013. Tindakan ini telah membuktikan bahawa pihak MAS telah menggunakan taktik taktik kekerasan terhadap seseorang perwakilan tinggi Kesatuan dan sama sekali telah melanggar syarat syarat dibawah Seksyen 59 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Artikel 87 ILO Convention. Pihak majikan MAS juga telah menganiayakan kedudukan seseorang perwakilan tinggi Kesatuan NUFAM dan juga telah mencabar kedudukan sesebuah Kesatuan Kebangsaan di dalam negara Malaysia. Kesatuan NUFAM ingin memberi amaran kepada syarikat MAS jika gangguan ini berterusan dan surat pengantungan terhadap Presiden Kesatuan tidak ditarik balik, Kesatuan tidak teragak agak untuk mengambil satu tindakan perindustrian melalui undang undang dibawah Akta AP1967. Dengan itu, pihak MAS diberi tempoh 7 hari untuk menarik balik tindakan suspension tersebut. Diharap pihak majikan MAS akan mengambil langkah langkah yang positif untuk menyelesaikan masalah berhubung dengan tindakan ini dan secepat mungkin menyelesaikan masalah CA untuk 3,600 pekerja pekerja Anak Kapal Kabin MAS. Kerajasama dari pihak Puan dan majikan MAS amatlah dihargai. Sekian.Terima Kasih. Wan Adli Sekretariat Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) Sk : Menteri Sumber Manusia Timbalan Menteri Sumber KP JPP KP JHEKS Presiden Setiausaha Agong Wakil Kesatuan NUFAM Pejabat Peguam Kesatuan
Posted on: Thu, 14 Nov 2013 00:45:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015