14 JULAI 2013: Mereka semakin berani menghina dan memperlekehkan - TopicsExpress



          

14 JULAI 2013: Mereka semakin berani menghina dan memperlekehkan sensitiviti umat Islam. Siapakah mereka ini? Mereka adalah kafir-kafir yang sombong dan tidak sudi bekerjasama dengan kehidupan Islam. Umat Islam yang berpecah-belah menjadi faktor keberanian mereka berbuat demikian. Bersatulah wahai sekalian Umat Islam di Malaysia, jangan dibiarkan benteng kedaulatan agama Islam menjadi permainan orang-orang kafir LAPOPAN DARIPADA PERSATUAN ANGKATAN ISLAMIAH MALAYSIA: Laporan Berita Harian bertarikh 1 Julai 2013 mendedahkan terdapatnya sesetengah syarikat yang didakwa telah mengamalkan diskriminasi terhadap wanita Islam dengan meletakkan syarat perlu membuka tudung dan memakai skirt sekiranya wanita tersebut ingin bekerja di syarikat tersebut. PAIM ingin menegaskan perkara dan situasi ini tidak wajar berlaku di negara ini. PAIM menegaskan bahawa sikap sesetengah majikan ini menggambarkan ketidak perihatinan mereka terhadap dasar perlembagaan negara ini iaitu dengan cara: i. Tidak menghormati hak asasi umat Islam dengan mengamalkan diskriminasi agama dalam isu ini. Majikan tidak wajar menghalang seseorang daripada mempraktikan tuntutan agamanya iaitu bertudung dan menutup aurat kerana ia merupakan tuntutan agama yang wajib diamalkan oleh wanita Islam. Apatah lagi dalam perlembagaan jelas menunjukkan bahawa setiap individu mempunyai hak menyatakan dan mengamalkan agama masing-masing. ii. Tidak menjaga sensitiviti umat Islam. Majikan seolah-olah tidak mengambil kira apakah tuntutan agama ke atas penganutnya yang perlu mereka ketahui demi menjaga perpaduan bangsa dan agama serta nilai-nilai budaya yang wajar dihormati. iii. Tidak menghormati agama Islam sebagai agama persekutuan. Majikan seharusnya menghormati, menerima serta mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan di negara ini. Amat tidak wajar majikan meletakkan syarat yang jelas bertentangan dengan agama Islam sebagai agama persekutuan. Tindakan sesetengah syarikat dan majikan dapat ditafsirkan sebagai mencabar Perlembagaan Negara ini. Malah, mereka juga tidak peka kepada nilai-nilai moral yang terkandung di dalam perlembagaan Negara ini. Nilai-nilai moral dan saling hormat menghormati dalam mengamalkan budaya dan hak beragama adalah sesuatu yang perlu difahami bersama. Islam telah meletakkan 5 maqasid syarak atau objektif syarak dalam melaksanakan keperluan dunia dan agama, di antaranya adalah memelihara agama dan maruah. Bertudung dan menutup aurat merupakan satu kewajipan wanita Islam untuk menjaga agama dan maruahnya. Satu kesilapan sekiranya majikan merasakan bertudung ini akan mengurangkan produktiviti kerja mereka. Majikan harus sedar bahawa mereka juga bekerja dan mendapat permit serta keizinan kerana hak mereka sebagai rakyat di negara ini. Tidak wajar bagi mereka untuk meletakkan syarat membuka tudung dan memakai skirt untuk bekerja di tempat mereka kerana ia bertentangan dengan apa yang terkandung di dalam perlembagaan negara iaitu mengamalkan tuntutan agama masing-masing. PAIM menyeru wanita Islam agar berpendirian tegas dalam memilih pekerjaan sekiranya di sana terdapat unsur-unsur yang membawa kepada longgarnya pegangan agama. Wanita Islam juga perlu berani membuat pengaduan kepada kesatuan pekerja sekiranya isu diskriminasi ini terus berlaku. Wanita Islam perlu yakin keberkatan hidup bertitik tolak dari keredaan Allah SWT dan keredhaan ini adalah hasil daripada pelaksanaan hambanya terhadap tuntutan.
Posted on: Sun, 14 Jul 2013 09:50:38 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015