16 Tanda Awal Anda Hamil 1) Sesak nafas. Anda sesak nafas secara - TopicsExpress



          

16 Tanda Awal Anda Hamil 1) Sesak nafas. Anda sesak nafas secara tiba-tiba ketika menaiki tangga. Ini kerana fetus yang membesar memerlukan oksigen dan sedikit bekalan oksigen anda telah digunakan. Sepanjang kehamilan anda akan mengalami keadaan ini. 2) Sakit Payu Dara Payu dara terasa sedikit berat dan penuh, areola menjadi semakin gelap dan urat-urat kelihatan lebih jelas pada dada. Untuk melegakan kesakitan, pakai coli sokongan ketika hendak tidur jika perlu. 3) Keletihan Anda juga akan berasa letih secara tiba-tiba. Ini kerana satu tindak balas kepada peningkatan hormon-hormon di dalam tubuh. Kebanyakan wanita akan berterusan keletihan sepanjang trimester pertama dan kemudian akan merosot di trimester kedua. 4) Loya Apabila kandungan mencecah kira-kira enam minggu kebanyakan wanita hamil mula berasa loya. Ada sesetengah yang mengalami mabuk hamil lebih awal (berlaku pada waktu pagi, tengah hari dan malam). Cuba makan makanan yang boleh melegakan perut seperti kraker dan air minuman halia. 5) Selalu membuang air kecil Sukar untuk tidur sepanjang malam disebabkan kekerapan membuang air kecil. Ini kerana semasa kehamilan, tubuh menghasilkan lebihan cecair dan disebabkan itulah pundi kencing terpaksa bekerja lebih masa dan memaksa anda membuang air kecil. 6) Sakit Kepala Sakit kepala berlaku akibat perubahan hormon. Bagi mengatasi kesakitan kepala, ibu hamil perlu mengambil acetaminophen berbanding ibuprofen. 7) Kekejangan Kekejangan berlaku disebabkan uterus anda yang meregang dalam persediaan untuk menerima kehadiran bayi anda. Mengidam Atau Enggan Makan Jika anda mengalami alahan kepada beberapa jenis makanan merupakan tanda-tanda awal anda hamil. Secara tiba-tiba anda mengidam untuk memakan makanan yang masam dan ikan membuatkan tekak anda terasa mual. 9) Sakit Belakang Bahagian belakang badan anda terasa sakit kerana ligamen anda sedang melonggar. Sepanjang kehamilan anda akan mengalami keadaan ini secara berterusan apabila anda mengalami kenaikan berat badan dan berat tersebut berpindah ke tengah-tengah graviti. 10) Sembelit Dan Kembung Perut Perut terasa kembung secara tiba-tiba. Ini disebabkan oleh lebihan hormon progesterone kerana kehamilan dan ia melambatkan sistem pencernaan anda. 11) Perubahan Mood Anda terasa mood anda tidak baik? Ini kerana letusan hormon dan tubuh cuba untuk menyesuaikan diri dengan hormon baru itu. 12) Suhu Badan Meningkat (Basal Body Temperature – BBT) BBT akan meningkat semasa ovulasi sehingga haid anda tiba. Anda mungkin hamil jika BBT anda terus meningkat lebih daripada dua minggu. 13) Mual Dengan Bau Anda berasa mual dengan sesetengah bau atau mempunyai kesensitivitian yang tinggi terhadap bau. Pening, pitam atau pengsan merupakan simptom-simptom kehamilan. Pastikan anda makan dengan cukup dan banyakkan minum air. 14) Kesan Darah Jika pendarahan lebih ringan daripada normal dan ia berlaku beberapa hari awal daripada jangkaan haid anda, anda mungkin mengalami pendarahan penempelan, dimana telur yang telah disenyawakan melekat pada dinding uterus dan menyebabkan sedikit pendarahan. 15) Lambat Datang Haid Anda tidak datang haid adalah tanda yang paling jelas. Anda perlu berjumpa dengan doktor jika kitaran haid tidak teratur dan terlambat datang haid. 16) Ujian Kehamilan Yang Positif Anda perlu melakukan ujian kehamilan untuk mengenal pasti sama ada anda akan bakal menjadi seorang ibu. Jika keputusan negatif dan haid anda masih tidak datang, mungkin ia terlalu awal untuk membuat ujian tersebut. Tunggu beberapa hari dan mencubanya semula. Jika positif, tahniah anda bakal menjadi seorang ibu
Posted on: Thu, 27 Jun 2013 01:00:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015