17 premis makanan, kedai Nasi Kandar kotor diarah tutup Bernama - TopicsExpress



          

17 premis makanan, kedai Nasi Kandar kotor diarah tutup Bernama Media – 20 hours ago Di SHAH ALAM, Jabatan Kesihatan Selangor menyita 17 premis makanan di Seksyen 2 di sini setelah gagal memenuhi standard kebersihan yang ditetapkan.Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Selangor Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata tindakan mengikut Akta Makanan 1983 itu dibuat bagi memastikan pelanggan di premis berkenaan, tidak terdedah terhadap riisiko keracunan makanan."Kesemua 15 gerai dan dua restoran yang disita telah diarahkan ditutup selama dua minggu untuk kerja-kerja membaik pulih dan memastikan mereka mencapai standard kebersihan oleh Kementerian Kesihatan dari aspek penyediaan makanan dan penyimpanan bahan-bahan mentah," katanya pada sidang berita selepas operasi selama dua jam sehingga 7 petang itu.Hasil pemeriksaan turut mendapati sesetengah pekerja di premis makanan itu mengabaikan kebersihan diri seperti membiarkan kuku panjang dan kotor, memakai cincin, tidak memakai apron malah lebih menjijikkan, terdapat gerai yang beroperasi dalam keadaan sisa makanan dan saluran air bertakung serta tersumbat, katanya
Posted on: Thu, 04 Jul 2013 10:01:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015