2) Gerakan Mazhab Wahabi dan Terbentuknya Kerajaan Arab Saudi - TopicsExpress



          

2) Gerakan Mazhab Wahabi dan Terbentuknya Kerajaan Arab Saudi (Dinasti Saudiyah) Sejarah mazhab Wahabi bermula hasil pakatan Muhammad bin Saud (w. 1765M.) yang memerintah Najd dengan Muhammad bin Abdul Wahab iaitu pemimpin gerakan ‘Muwahiddin’. Muhammad bin Abdul Wahab memerlukan seorang penguasa untuk menolong menyebarkan ajaran mazhabnya dan Muhammad bin Saud memerlukan seorang ulama yang dapat mengisi rakyatnya dengan ideologi yang keras, demi untuk memperkukuhkan pemerintahan dan kekuasaannya. Maka bersatulah antara ideologi mazhab baharu dengan raja dalam melaksanakan tujuan dan matlamat masing-masing. Demikianlah penguasa tunggal negari Dar’iyah yang bukan sekadar membela dakwahnya tetapi sekali gus membela darah dagingnya sebagai saudara kandung. Dengan kata lain, antara penguasa dengan Muhammad bin Abdul Wahab bersumpah setia sehidup semati, senasib dalam menegakkan hukum Allah dan Rasul-Nya (mazhab baharu) di bumi Dar’iyah. Ternyata apa yang diikrarkan oleh penguasa Ibn Saud benar-benar ditepatinya. Ia bersama Muhammad bin Abdul Wahab seiring sejalan, bahu-membahu dalam menegakkan kalimah Allah dan berjuang di jalan-Nya (mazhab baharu). Beliau menghabiskan waktu selama lebih 48 tahun di Dar’iyah dan pernah menjawat sebagai Menteri Penerangan Arab Saudi. Beliau meninggal dunia pada 29 Syawal 1206H. dalam usia 92 tahun. Selepas terbentuknya kerjasama itu berlakulah banyak serangan dan keganasan ke perkampungan dan kota yang penduduknya tidak mahu menerima ajaran dan fahaman mazhab ini. Berlaku pembunuhan ke atas penduduk dan pemusnahan ke atas harta benda mereka. Sejarah mencatatkan puluhan ribu nyawa terkorban sepanjang tempoh operasi kerjasama puak Wahabi untuk menguasai seluruh Jazirah Arab. Setelah 11 tahun meninggalnya kedua-dua tokoh pembaharuan iaitu Muhammad bin Abdul Wahab dan penguasa Ibn Saud, kemudian tampillah Saud bin Abdul Aziz untuk meneruskan kesinambungan perjuangan pendahulunya. Saud ialah cucu penguasa Muhammad bin Saud, rakan seperjuangan Muhammad bin Abdul Wahab semasa hidupnya. Mula-mula Saud bin Abdul Aziz bersama pasukannya berjaya menduduki Taif. Penaklukan Taif tidaklah begitu sukar. Sebelumnya, beliau telah menghantar penguasa Ithman bin Abdurrahman al-Mudhayifi bersama pasukannya untuk mengepung Taif. Pasukan ini terdiri daripada orang Najd dan sekitarnya. Oleh sebab itu Saud bin Abdul Aziz tidak mengalami kerugian. Dalam waktu yang singkat, Taif terus jatuh ke tangan pengikut Muhammad bin Abdul Wahab. Di Taif, pasukan Muwahidin membongkar beberapa buah makam yang di atasnya didirikan masjid, antaranya makam Ibnu Abbas r.a. Dari Taif, pasukan Saud bin Abdul Aziz bergerak menuju Hijaz dan mengepung kota Makkah. Gabenornya, Syarif Husin mengetahui rancangan ini dan terus melarikan diri ke Jeddah. Tentera Saud bin Abdul Aziz pun masuk ke kota Makkah. Mereka menguasai wilayah ini tanpa pertempuran sedikit pun (Muharram 1218H.). Seperti biasa, pasukan Muwahidin selalu memilih sasaran menghancurkan kubah-kubah dan simbol-simbol yang dianggap kemusyrikan seperti bentuk kubah di perkuburan yang dianggap keramat. Semua kubah-kubah itu diratakan termasuk kubah yang didirikan di atas kubur Siti Khadijah, isteri pertama Nabi SAW. Kumpulan Muhawidun dengan serta merta melantik sejumlah guru, pendakwah, ulama dan hakim bertugas di daerah Hijaz. Dua tahun setelah penaklukan Makkah, pasukan Saud bergerak menuju ke Madinah. Dalam waktu yang singkat, Madinah jatuh sepenuhnya di bawah tentera Saud bin Abdul Aziz. Setelah 8 tahun berkuasa, pemerintah Mesir bersama sekutunya Turki, menghantar pasukan untuk membebaskan Hijaz, terutama Makkah dan Madinah, dan secara automatik mengusir pasukan Muhawidin sekali gus. Campurtangan ini menyebabkan pergerakan dakwah Muwahidin tersekat. Peperangan ini berlarutan sehingga lapan tahun iaitu dari 1226H. hingga 1234H. Banyak kerugian bagi kedua-dua belah pihak dalam tempuh itu, terutama pasukan Najd dan Hijaz selain harta benda awam dan jiwa manusia. Setelah lima tahun perang saudara, Mesir dan Turki mengalah daripada meneruskan peperangan menentang Muwahidin. Dua tahun terakhir menjelang tamat perang, Muwahidin secara diam-diam terus berdakwah dan melahirkan kader-kader baru untuk meneruskan kesinambungan gerakan mazhab Wahabi. Semua kekacauan di Hijaz berakhir pada 1230H. Begitu juga dakwah Wahabiah tersebar ke seluruh pelosok Najd dan sekitarnya di bawah Turki bin Muhammad bin Saud, adik sepupu penguasa Saud bin Abdul Aziz. Sejak Hijaz dinaungi oleh penguasa Turki bin Abdullah, suasana Hijaz dan sekitarnya beransur pulih sehingga terbuka peluang bagi keluarga Saud bersama keluarga Muhammad bin Abdul Wahab untuk melancarkan kembali dakwah mazhab baharu itu dengan lisan dan penulisan melalui para ulama, pendakwah dan khatib. Hubungan Makkah-Madinah (Haramain) dengan Kerajaan Saudiyah terputus begitu lama sejak perlanggaran Mesir dan sekutunya (1226H. – 1342H.). Ini bermakna bahawa lebih 127 tahun, wilayah Hijaz terlepas tangan dari tangan Dinasti Saudiyah. Wilayah ini kembali ke tangan mereka pada tahun 1342H. iaitu ketika Dinasti Saudiyah dipimpin oleh Abdul Aziz bin Faisal bin Turki bin Abdullah bin Muhammad bin Saud, cucu keempat pengasas Dinasti Saudiyah, penguasa Muhammad bin Saud Umat Islam kini mula sedar tentang apa dan siapakah kaum pengikut Muhammad bin Abdul Wahab (Wahabi). Satu persatu kejahatan dan penyelewengan kaum orientalis dan penjajah Barat (bersengkongkol dengan Dinasti Saudiyah yang didokong oleh para ulama Wahabi) sengaja mengadu domda sesama umat Islam dengan ajaran mazhab baharunya yang sentiasa mengkafirkan orang Muslim yang bermazhab lain. layari: suraulebaideris.blogspot/2010/04/hubungan-antara-amal-soleh-dan.html
Posted on: Thu, 13 Feb 2014 06:53:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015