2 Oktober, 2013 - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama - TopicsExpress



          

2 Oktober, 2013 - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membatalkan lawatannya ke Malaysia akibat daripada krisis domestik di negara itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Najib berkata, pertembungan di antara parti Republican dan Demokrat di AS menyebabkan negara itu tidak berfungsi sepenuhnya dan ini bermakna Obama perlu menyelesaikan krisis itu. “Obama menyatakan rasa kesalnya kerana tidak dapat melawat Malaysia seperti dijadualkan. Bagaimanapun, Setiausaha Negara AS John Kerry akan hadir sebagai wakil Obama,” katanya. Operasi AS terpaksa dihentikan secara rasmi selepas Kongres menolak rancangan pelan kesihatan yang dibawa pentadbiran presiden Obama. Ini pertama kali berlaku di negara berkenaan dalam tempoh 17 tahun. Dewan Senat yang diketuai Demokrat enggan menyokong cadangan Dewan Rendah yang diketuai Republikan dengan undian 54 menolak 46 menyokong. Dewan Rendah pada Jumaat menyertakan pindaan bersama bajet yang diluluskan Senat meminta agar perlaksanaan pelan kesihatan Obama ditunda untuk tempoh setahun. Perkembangan yang berlaku menyebabkan kakitangan kerajaan persekutuan terpaksa menghentikan kerja mereka kecuali untuk beberapa sektor kritikal. Perkhidmatan seperti kawalan sempadan, pemeriksaan daging dan trafik udara akan kekal beroperasi namun, pengeluaran pasport akan tergendala. Dalam meraih sokongan pentadbiran Obama sebelum ini berusaha untuk memujuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana membeli skim insurans kesihatan baru yang disubsidi kerajaan. - themalaysianinsider/bahasa/article/obama-batal-lawatan-ke-malaysia-kata-najib
Posted on: Wed, 02 Oct 2013 06:31:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015