2 STATE SOLUTİON..FİTNAH YG CUBE MEMPERDAYAKAN.. Rakyat - TopicsExpress



          

2 STATE SOLUTİON..FİTNAH YG CUBE MEMPERDAYAKAN.. Rakyat Palestin tidak pernah bersetuju dengan Two-State-Solution, idea itu hanya disokong penuh oleh pihak-pihak yang menyokong Zionis Israel. Jika seluruh dunia bersetuju dengan idea Two-State-Solution sekalipun, dunia tidak wajar meminggirkan kehendak dan hak rakyat Palestin. Rakyat Palestin mempunyai hak untuk menolak dan dunia tidak mempunyai hak untuk memaksa rakyat Palestin menerima idea Two-State-Solution. -- Idea Two-State-Solution bukanlah satu perkara yang sudah dipersetujui, ia belum dipersetujui secara hitam putih. Walaupun beberapa negara Arab dikatakan bersetuju dengan Two-State-Solution, ia sebenarnya belum mencapai kata sepakat kerana rakyat Palestin sendiri tidak bersetuju dengan idea itu. Hak rakyat Palestin untuk tidak bersetuju adalah satu perkara yang harus dihormati oleh Israel, Barat dan penduduk dunia. Ia adalah soal kemanusiaan yang dinafikan oleh Israel dan sekutu dengan penuh tipu daya. Jika hak asasi manusia dan hak kebebasan menjadi asas perjuangan Barat, maka hak rakyat Palestin untuk tidak bersetuju terhadap Two-State-Solution juga harus dihormati.
Posted on: Fri, 08 Nov 2013 01:47:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015