2 cedera terkena serpihan mercun Mon, 12 Aug 2013 GEORGETOWN - - TopicsExpress



          

2 cedera terkena serpihan mercun Mon, 12 Aug 2013 GEORGETOWN - Dua wanita termasuk seorang pelancong dari China cedera apabila terkena serpihan letupan dipercayai mercun buatan sendiri di kawasan parkir di Lorong Love di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata bahan letupan yang disyaki mercun buatan sendiri itu dipercayai diletakkan di bawah kereta Honda Civic milik seorang lelaki. "Ketika kejadian pada 2.30 petang itu, pemilik kereta berkenaan sedang minum di kedai berhampiran tempat letak kereta itu," katanya di sini hari ini. Beliau berkata letupan yang kuat itu mengakibatkan bahagian belakang kereta berkenaan mengalami kerosakan teruk. "Kedua-dua wanita yang cedera di kaki akibat terkena serpihan letupan itu dihantar ke klinik berhampiran untuk rawatan," katanya. Ali Ibrahim, 40, yang ketika itu berada di tempat kejadian berkata orang ramai menjadi kelam-kabut kerana terkejut dengan letupan kuat seolah-olah letupan bom. "Orang ramai sangkakan ia adalah letupan bom sebab bunyi yang sangat kuat," katanya. Pemilik kenderaan yang enggan dikenali itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini. - Bernama Artikel Berkaitan 2 cedera terkena serpihan mercun Tiga sekawan lemas, rakan cedera Wanita cedera disimbah asid di lampu isyarat Jari pelajar tahfiz hancur akibat mercun Perjual mercun, bunga api ditahan Percubaan pertama jual mercun gagal UPP rampas mercun di kuarters kosong Peniaga emas cedera ditembak di lampu isyarat Polis rampas mercun, bunga api bernilai RM10,000
Posted on: Mon, 12 Aug 2013 14:22:22 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015