225 individu kena tahan Johor Bahru: Seramai 225 individu yang - TopicsExpress



          

225 individu kena tahan Johor Bahru: Seramai 225 individu yang terbabit dalam pelbagai kesalahan ditahan dalam Op Cantas di seluruh negeri ini bermula 19 Ogos sehingga kelmarin. Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Asisten Komisioner Azizan Anan berkata, tangkapan dibuat hasil pemeriksaan dan sekatan jalan raya menyeluruh dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor. Menurutnya, dalam tempoh sehari iaitu Jumaat lalu, 2,400 pemeriksaan dilakukan bagi mengenal pasti dan menahan individu yang terbabit dengan jenayah. “Pada hari ini (semalam) kami akan menumpukan empat lokasi terpilih antaranya susur keluar Bukit Indah; Jalan Skudai-Gelang Patah dan Jalan Susur Pandan berhampiran Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL). “Sekatan turut diadakan di Jalan Bumi Hijau Taman Molek. Pemeriksaan dan sekatan jalan raya di empat kawasan itu bermula jam 3 petang hingga 6 petang,” katanya semalam.
Posted on: Sun, 25 Aug 2013 02:39:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015