24/11/13 AP bukan penyebab harga kereta mahal KUALA LUMPUR 23 - TopicsExpress



          

24/11/13 AP bukan penyebab harga kereta mahal KUALA LUMPUR 23 Nov. - Dasar Permit Import (AP) bukanlah penyebab harga kereta import yang dijual di negara ini mahal seperti didakwa pihak tertentu. Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, sebaliknya dasar itulah yang telah banyak membantu usahawan Melayu dan bumiputera untuk terlibat dengan perniagaan automotif. Katanya, cadangan supaya dasar itu dihapuskan adalah tidak relevan sama sekali dan dilihat berniat mahu mematikan peluang usahawan Melayu dan bumiputera sahaja. Hari ini ada 98 syarikat Melayu dan bumiputera yang terlibat dalam industri jual beli kereta import dan jumlah itu mewakili hanya enam peratus sahaja daripada keseluruhan pemain industri. Jika dasar AP dimansuhkan, bagaimana orang Melayu mahu bersaing dalam industri automotif? Industri ini kalau kita lihat secara jujurnya dikuasai oleh kaum lain, katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd., Roland S. Folger. Folger memberitahu sebuah akhbar baru-baru ini bahawa satu cara untuk mengurangkan harga kereta adalah dengan memansuhkan AP terbuka. Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainudin Abdul Rahman berkata, sejak dasar AP terbuka diperkenalkan, pihaknya telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 78,400 orang dengan kebergantungan isi rumah sebanyak 313,600 orang. Katanya, seandainya kerajaan meneruskan hasrat untuk menamatkan AP pada 2015, ramai akan kehilangan mata pencarian dan tiada jaminan mereka boleh diserap ke syarikat bukan bumiputera yang mengenakan pelbagai syarat diskriminasi. Dari segi hasil kepada negara, kami telah menyumbang sebanyak RM2.425 bilion dalam bentuk cukai import serta duti eksais kepada Jabatan Kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan bayaran RM10,000 bagi seunit AP kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk Dana Automotif Bumiputera. Kami juga telah melabur dalam industri sebanyak RM7.752 bilion seperti bilik pameran dan cawangan, bengkel baik pulih, latihan kakitangan dan sebagainya. Dari segi industri hiliran, kami menyumbang RM5.238 bilion setahun, jelas beliau. Utusan.
Posted on: Sat, 23 Nov 2013 23:21:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015